Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) bersama 19 NGO lain hari ini memulakan Jelajah Aman Kampus, Kembara Mahasiswa ke seluruh negara termasuk di 25 institusi pengajian tinggi sebahagi sebahagian usaha untuk mengumpul maklum balas bagi diserahkan kepada Perdana Menteri.
Selain itu, Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut sebagai langkah penerangan kepada mahasiswa seluruh negara supaya golongan tersebut tidak terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak yang cuba memutarbelitkan pemikiran mereka.
“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa akan depan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvoi Aman kampus, Jelajah Mahasiswa di Dataran Putra, Putrajaya pagi Sabtu.
Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan konvoi tersebut dalam satu majlis ringkas yang turut disertai oleh Pengerusi Majlis Belia Putrajaya Tun Faizai Aziz.
Menurut Mohd Shahar, program tersebut bermula 6 sehingga 19 Febuari melibatkan jelajah 20 kereta dan empat bas ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
"Untuk Sabah dan Sarawak kita akan adalah live telecast dengan mahasiswa di sana, kita akan kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang diperolehi dan akan serahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum beliau menemui mahasiswa dalam satu perhimpunan khas pada Mac nanti," kata beliau.
Program anjuran Aspirasi ini turut mendapat sokongan daripada berbagai NGO termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan Pelajar India 1Malaysia.
Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.
Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.
Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.agendadaily.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.