Mat Sabu nie betul suka kepada DAP dan menyatakan sokongan untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding atas tiket Pas,Apa yang MKP nampak dalam nie adalah provokasi dalam PAS itu sendiri untuk mengagungkan DAP diatas apa yang Mat Sabu dapat dari Lim Guan Eng.Apa yang dia dapat nanti dalam dedahan seterusnya MKP bagitau kemudian.Mat Sabu didalam PAS Pulau Pinang sendiri telah menjadi parasit yang diberitahu oleh ahli PAS sendiri kepada MKP semasa lepak dengan depa pekena nasi kandaq.Perpecahan dalam PAS Pulau Pinang akan lebih ketara lepas nie selepas kenyataan Anwar menyokong Isreal mendapat bantahan dan Demo yang diadakan jumaat lepas.Berikut adalah kenyataan Mat Sabu yang MKP cedok dari AntaraPos.
Dalam usaha untuk menangani pandangan syak wasangka pengundi bukan Islam terhadap parti itu, Pas , hari ini mengumumkan akan meletakkan lebih ramai calon bukan Islam, profesional dan bekas kakitangan kerajaan untuk menghadapi pillihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bagaimanapun ketika mengumumkan perkara tersebut, enggan mendedahkan jumlah calon muka baru daripada golongan yang dimaksudkan.
"Kami dalam proses mendekati dan mengenalpasti calon yang dirasakan boleh membantu Pas dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang. Mereka mungkin golongan muda atau tua dan mungkin juga dari bekas kakitangan kerajaan, bekas tentera dan bekas polis," katanya dalam sidang media selepas majlis forum "Laluan Pas Ke Putrajaya.
Beliau menambah, sejak 2008, ahli Pas bersikap terbuka untuk menerima ahli bukan Islam kelab penyokong parti itu sebagai calon pilihanraya.
Bagaimanapun, apabila ditanya samada ia adalah pandangan dari kepimpinan parti, beliau berkata akan sentiasa terdapa 'serangan psikologi' untuk mewujudkan ketidakyakinan di kalangan ahli parti terbabit, namun ianya adalahh sesuatu yang boleh diatasi.
Mohamad Sabu juga menjelaskan, rundingan berhubung pembahagian kerusi calon pilihanraya antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah 80 peratus sambilmenambah hanya dua atau tiga jerusi di negeri berlainan masih lagi dalam perbincangan.
"Ini adalah untuk menyatakan bahawa jika parlimen dibubarkan esuk, perkara ini masih boleh kami selesaikan dengan mudah," ujarnya lagi.
Antara kerusi yang diwakili oleh calon bebas yang bertindak meninggalkan Pakatan dan masih dalam perbincangan adalah seperti Nibong Tebal, Bayan Baru dan Bagan Serai.
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .