Friday, February 24

MB KEDAH BUBARKAN DUN BULAN DEPAN ?


Berita panas yang MKP terima dari rakan dari kedah menyatakan Ostad Zizan telah bertemu Sultan Kedah untuk membubarkan DUN petang tadi,Ramai yang terkejut dengan berita ini. Baguih jugak la kalau MB Kedah buat macam tue, boleh berkempen PRN Kedah pulak lepas nie.Boleh la MKP balik kampung sambil berkempen. 
Azizan Abdul Razak terus dibelasah dari segenap arah oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. 28 Februari semakin mendekat. Namun kemelut di Pejabat Menteri Besar Kedah belum memperlihatkan tanda-tanda akan reda. 
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang cuba meredakan kemelut tersebut dengan menyatakan bahawa segala yang berlaku di Kedah, bukanlah perkara besar.  Penafian masih cuba dilakukan sekalipun penafian berkenaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan lagi lawak dalam PAS Kedah. 
Dua orang yang terlibat dalam kemelut di Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, masih lagi cuba bermain acilut. Phahrolrazi yang merupakan Exco Kanan Kedah, telah mengeluarkan semua barangannya dari pejabatnya sebagai protes kepada kepimpinan Azizan Abdul Razak. Manakala Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, turut mengambil tindakan yang serupa. 
Phahrolrazi Zawawi awal-awal lagi memang merupakan orang penting dalam mendalangi usaha menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya, Air dan Tenaga Negeri dilihat sudah tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. 
Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Phahrolrazi bagi menimbulkan imej negatif terhadap Azizan Abdul Razak dan kepimpinan Menteri Besar Kedah itu. Antara usaha yanga dilakukan oleh Phahrolrazi adalah membiakkan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan persundalan. Pembiakan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah, berada di bawah kuasa Phahrolrazi yang bukan setakat memakan komisyen berikutan kewujudan pusat-pusat persundalan tersebut tetapi juga mampu memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak. 
Selama ini, Azizan Abdul Razak dilihat sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan. Hubungan baik yang ditunjukkan oleh Azizan Abdul Razak dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah, seringkali dilihat sebagai kelemahan ketara Menteri Besar Kedah itu. Kelemahan itulah yang mahu diatasi oleh PAS Kedah.kedahan69ers.com

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.