Friday, February 10

Pak Sheik Mana Mau Larik,Kasi La Line Clear Dulu?


Anwar perlu buktikan kepada pengundi permatang pauh untuk membersihkan namanya dengan menyaman.jika ini tidak dilakukan oleh Pak Sheik bakal mengundang padah pada PRU 13 di Permatang Pauh kelak.Walaupun ura-ura menyatakan Nurul Izzah akan bertanding kubu terakhir keluarga Anwar tidak akan berjaya mengambil hati pengundi jika namanya tidak dibersihkan terlebih dahulu.Pak Sheik akan menentang Tok Non di Parlimen Nibong Tebal akan menerima kekalahan yang amat teruk kerana UMNO Nibong Tebal telah membuat persiapan rapi untuk menentang Pak Sheik????
Dua pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa bekas pemimpin Parti Keadailan Rakyat Khamis melancarkan kempen mengutip 100,000 tandatangan rakyat untuk mendesak ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman dua individu berhubung rakaman video seks yang didakwa melibatkan beliau.
Wakil dua NGO berkenaan, Muhammad Zahid Md Arip, berkata kempen itu dimulakan di Permatang Pauh di sini kerana Anwar merupakan Anggota Parlimen kawasan berkenaan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh negara.
Muhammad Zahid, yang juga bekas Naib Ketua Pemuda PKR berkata, jika benar beliau tidak bersalah, Anwar harus menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Ummi Hafilda Ali yang telah secara terbuka membuat dakwaan kononnya beliau adalah orang yang terbabit dengan skandal seks.
“Kita percaya mampu mendapat lebih 100,000 tandatangan sempena kempen dua bulan itu sebelum menyerahkannya kepada Anwar melalui pejabat PKR Permatang Pauh di sini,” katanya kepada pemberita di sini.
Dua NGO yang terlibat dalam kempen itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Muhammad Zahid berkata Anwar juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar asing Asian Wall Street Journal ekoran penyiaran temubual yang mendakwa beliau kononnya menyokong langkah menjamin keselamatan Israel.
“Dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan itu, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas-pentas ceramah, beliau perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengherat individu-individu berkenaan ke muka pengadilan dengan segera memfailkan saman malu,” katanya – bernama

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.