Wednesday, February 22

Raisa Andriana 101,000 Follower , NajibRazak 449,136 Follower.



Raisa Andriana mungkin nama yang asing buat peminat muzik di Malaysia namun di bumi Indonesia beliau sudah berjaya menempa kejayaan yang agak kuat.
Dan, barisan peminat yang cukup ramai dan bukti’nya akaun Twitter beliau kini sudah pun melebihi 101,000 orang followers.
Raisa Andriana telah melancarkan sebuah album penuh pada May tahun lalu & baru sahaja lepaskan single ketiga berjudul Could It Be yang bakal menjadi salah satu runut bunyi untuk filem keluaran Malaysia akan datang, Mantera — tayangan May 2012.
Untuk pasaran Malaysia, pihak KRU Studios mengesahkan yang Riana Andriana bakal melancarkan single pertama sekitar Mac 2012 dan kemungkinan besar akan menggunakan lagu Apalah (Arti Menunggu).
Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini.

Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau.

“Diharap interaksi kita akan berterusan,” katanya.

Selain itu, dalam tweet yang seterusnya, beliau berjanji akan berusaha lebih gigih untuk rakyat dan negara ini.

Laman Twitter milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar paling hebat kepada Perdana Menteri itu hanya mempunyai seramai 126,231 orang followers sahaja.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula memiliki seramai 48,675 orang followers sahaja.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz pula lebih ramai pengikut di laman Twitternya berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengumpul seramai 30,509 orang dan Presiden PAS itu hanya mempunyai 11,665 pengikut sahaja.

Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya mengalahkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah pengikut seramai 36,027 berbanding isteri Anwar itu yang hanya memiliki 13,108 followers di Twitter masing-masing.

Laman Twitter merupakan antara medium komunikasi paling popular di Malaysia selain Facebook yang banyak digunakan ahli politik untuk berhubung secara ringkas dengan rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.