Saturday, February 25

Skandal Pasir Selangor : Pendedahan RPK Berasas, Bekas Kakitangan Terima Ancaman Bunuh!!!


Sebelum ini, penafian demi penafian dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei dan rakannya yang juga ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkaitan isu skandal pasir yang menyelubungi Selangor dibuat sehinggalah kes dibawa kepada penilaian Selcat.

Bermula dengan pendedahan berkaitan pembunuhan Datuk Patrick Wong oleh RPK, kes tersebut kini semakin menyesakkan dada Khalid Ibrahim!!!


Terkini, seorang bekas kakitangan syarikat melombong pasir milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh selepas mendedahkan salah laku syarikat.


T. Sivanesan, 25, yang dipecat KSSB September lepas, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.

Sivanesan mendakwa menerima satu panggilan di telefon bimbitnya pada pukul 12.54 tengah hari yang menegah beliau masuk campur dalam isu pasir.

"Pemanggil berkata 'Jangan masuk campur isu pasir. Jangan ganggu ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sri Muda (Shuhaimi Shafie), KSSB dan MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Jika tidak, kami akan bunuh awak'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran ketika bekerja di KSSB berkata, suara pemanggil misteri itu seperti biasa didengar beliau dan beliau mengesyaki individu tersebut bekerja dengan KSSB.

"Panggilan itu datangnya daripada nombor 018-3142328 dan mengambil masa kurang dua minit," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohammad Yusof mengesahkan menerima laporan itu.

Izz's melihat pengugut ini mungkin terdiri daripada penyokong/ ahli PKR sendiri kerana pengugut ini secara terang- terangan cuba mempertahankan Khalid Ibrahim dan Shuhaimi Shafie daripada menerima hukuman akibat tindakan tangan mereka sendiri.

Andainya benar, ternyata PKR sudah terlalu jauh mengikuti tindak tanduk Israel!!!

Sekiranya di Israel, yahudi laknatullah ini mengatakan bahawa nyawa yang paling suci adalah nyawa kaum yahudi dan nyawa kaum lain boleh dibunuh sesuka hati.

Mungkin berdasarkan alasan itu, Ahli PKR tidak boleh diganggu gugat,  dan nyawa individu yang tidak menyokong adalah halal untuk dicabut!!! kredit kepada lamanizzs

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.