Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan "Allah" dalam akhbar itu.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang semalamuntuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya semalam.
Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN."Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN)," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul", Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan "Allah", di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.
Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Feb ini.Sementara itu, The Star memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana menyiarkan gambar penyanyi Amerika Syarikat tersebut.
"Kami secara ikhlas memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana terlepas pandang," katanya dalam portal online akhbar itu.Akhbar itu berkata gambar Erykah Badu, dengan tatu pelbagai simbol termasuk perkataan Arab bagi "Allah," disiarkan secara tidak sengaja dalam Star2 semalam.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.