Monday, February 27

VIDEO JELAS MENUNJUKKAN PROVOKASI YANG DIBUAT OLEH PESERTA HIMPUNAN HIJAU




Guan Eng suruh UMNO diam!!,Inikah yang dinamakan Ketua Menteri Paling Celaka.Tengok siapa yang mulakan dulu aksi tendang menendang didalam video ini.Berbaju hijau adalah Penyokong himpunan hijau.Takkan deh terang lagi bersulu dalam hal nie....Polis sila ambil tindakkan terhadap Penganjur....

GEORGETOWN 26 Feb. - Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.
"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku. 
"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.