Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, BN sama sekali tidak akan tunduk dan bersengkongkol dengan pemimpin yang menindas rakyat Palestin.
"Menghantar memorandum bantahan dan kutukan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel. Sebab itu kita berkumpul secara baik,"katanya.
"Tengoklah secara jelas, sandiwara, mainan politik yang telah ditunjukkan Anwar yang memperkudakan Pas yang mempunyai ideologi menegakkan Islam. Dan kawan baik Pas (Anwar) terang-terang menyokong Israel untuk menjahanamkan dan membunuh Palestin sebuah negara Islam," tambah beliau lagi.
Anwar pada pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu menjelaskan pemimpin Pas itu "faham" pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu.
Walau bagaimanapun, Nik Aziz menerusi satu kenyataan selepas itu menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.
Nik Aziz sebelum itu menggesa Anwar menarik balik kenyataannya atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya akhbar itu tersalah lapor kenyataannya menyokong keselamatan Israel
"Dia boleh pusing balik, sebab itu Nik Aziz kata kalau tak betul samanlah WSJ tapi dia tak buat. Dia akan bermain dengan kata-kata," kata Megat Firdouz lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui selepas Pemuda BN beredar dari perkarangan pejabat PKR menyifatkan penyerahan memorandum ini adalah tidak rasmi dan semata-mata ingin melakukan kekecohan.
"Kita persoalkan mengapa mereka hadir ketika pimpinan parti PKR tidak ada di pejabat dan berada di Kuantan. Kejadian seperti ini pernah berlaku ketika Pemuda UMNO buat kecoh pada waktu malam Jun tahun lalu. Perlu dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PKR dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution,"katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.