Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dari maklumat tersebut jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan. Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada jawatankuasa khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.
Sebelum itu juga, dilaporkan Saifudin Nasution telah menghubungi Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk memaklumkan keputusan Anwar.
Azizan pula, walaupun dikhabarkan menerima keputusan tersebut, telah mengarahkan Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah (melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Helmi Yahya) untuk mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha menyingkirkannya dari jawatan tersebut.
Tapi sokongan kedua-dua dewan tersebut dijangka tidak mampu menghalang persetujuan yang telah dicapai kerana Azizan bakal dibiarkan berseorangan dalam menghadapi isu penyelewengan peruntukkan menyelenggara jalan dari kerajaan pusat berjumlah RM 150 juta yang sedang disiasat SPRM, menurut sumber tersebut lagi.
Walaupun Azizan menuduh isu tersebut berkait rapat dengan Phahrolrazi atas kedudukkannya sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai agensi pelaksana, tapi sebagai Menteri Besar, Azizan bertanggungjawab atas semua masalah yang mungkin timbul dari isu tersebut.PAS Pusat sebagai punca utama perbalahan yang berlaku sekarang.
MKP Ayat Sempoi : Dah jadi dalcha marba Kedah,PAS kena cucuk hidung oleh Anwar Aljuburi.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.