Saturday, March 24

AZMIN ALI TENGOK PUNGKOK SENDIRI SEBELUM MENGATA ORANG?





Tindakan mendedahkan kononnya bekas exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyalahgunakan RM800,000 wang kerajaan negeri jelas satu usaha untuk menjatuhkan maruah dan cubaan mendatangkan persepsi buruk terhadap pemimpin itu.Bahkan dakwaan yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Azmin Ali sengaja untuk memburukkan dan cuba mewujudkan satu pandangan buruk terhadap Hasan Ali. Sebab itu lah beliau membuat kenyataan itu di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Kalau benar-benar dia rasa, ada berlaku kesalahan dan sebagainya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, dia mesti membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Azmin semalam ketika membahaskan titah diraja mendakwa Hasan menggunakan RM300,000 wang kerajaan negeri untuk melakukan pengubahsuaian ruang pejabatnya ketika masih memegang jawatan sebagai exco.

Bagaimanapun Azmin tidak menjelaskan secara terperinci bila ia dilakukan dan apakah hanya Hasan seorang yang melakukan pengubahsuaian itu.

Malah beliau juga tidak menyatakan bila Jabatan Audit itu mengeluarkan laporan bersabit perbelanjaan itu.

Sebaliknya, dakwaan Azmin itu menimbulkan persoalan, apakah peranan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam meluluskan peruntukan sebesar itu.

Selain itu, Azmin mendakwa Hasan menggunakan RM500,000 bagi tujuan penganjuran satu program bersabit Adat Melayu dan Warisan Selangor yang menurut beliau satu pembaziran.

" Islam bagaimana yang hendak dibawa, kalau wang rakyat tidak digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab?," soal Azmin.

Hasan bagaimanapun tidak hadir pada sesi sidang DUN semalam untuk menjawab tuduhan Azmin. dakwaan sedemikian terhadap Hasan yang dahulunya merupakan seorang pesuruhjaya Pas yang dihormati dalam Pakatan Rakyat.

Ini secara terang kita dapat lihat, dia mempunyai sangkaan jahat tapi saya sedar hal ini, sebab memang itu pun tabiat dia. Tabiat pemimpin seperti itu dalam PKR,
mereka suka memburukkan nama orang tetapi mereka tidak sedar keburukan mereka sendiri.

Tuduhan terbaru terhadap Hasan inilah bukti kepada ugutan yang pernah dilemparkan Azmin pada Januari lalu apabila Hasan menyatakan hasratnya untuk mendedahkan kekangan-kekangan yang dihadapi beliau dalam menjalankan tugasnya di dalam kerajaan negeri dan masalah dalaman kepimpinan Pas dan Pakatan Rakyat.

MKP Ayat Sempoi ; Azmin nie umpama mengata pungkok kuali hitam padahal arang yang menyebabkanya?


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.