Saturday, March 17

E-mail Pembaca ; GUAN ENG TOKSAH PERASAN BAGUIH?




JIKA saya Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, saya tidak akan mengheboh-hebohkan peningkatan pelaburan negeri itu kerana kejayaan tersebut adalah hasil usaha semua.

Tidak wajar bagi seorang KM terlalu asyik dengan kedudukannya, sehingga memburuk-burukkan imej bandar lain sebagai bandar yang penuh dengan jenayah dan mengatakan sesuatu yang tak berasas mengenai Kilang Lynas di Kuantan.

Tindakan Lim Guan Eng mencerminkan beliau bukanlah wakil Parlimen untuk semua rakyat tetapi KM yang membuat perjuangan untuk diri sendiri.

Kita tidak ada bantahan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia tetapi bukan melalui cara beliau menjejaskan kepentingan dan imej negeri lain.

Jika saya KM Pulau Pinang saya juga perlu memastikan peningkatan pelaburan di Pulau Pinang akan membawa kepada peningkatan pendapatan dan mutu kehidupan rakyatnya.

Memastikan setiap daerah di Pulau Pinang maju dan berkembang bersama-sama, tidak ada golongan dan daerah yang ketinggalan.

Kehilangan bangunan warisan dan prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang juga mencerminkan Kerajaan Pulau Pinang tidak mengutamakan pembangunan insani.

Isu loji panel solar di Batu Kawan juga menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang kurang cekap menangani isu pencemaran alam sekitar.

Jika saya KM Pulau Pinang, saya akan pastikan pembangunan di Pulau Pinang berjalan secara seimbang, berterusan dan lestari. Saya akan pastikan tidak ada golongan dan daerah di Pulau Pinang yang ketinggalan. Itulah impian saya sebagai anak tanjung yang dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang.YAMOTO

MKP Ayat Sempoi ; tue la apek nie perasan dia baguih sangat!


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.