Bagi tidak membebankan rakyat dan supaya tidak berlaku pertambahan kos sara hidup semasa, kerajaan hari ini menaikkan kadar subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen lagi pada bulan ini kepada RM1.03 seliter.Dengan tambahan subsidi itu, harga petrol bagi RON95 kekal pada RM1.90 per liter.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tambahan subsidi diberikan kerana harga minyak di pasaran antarabangsa menyaksikan kenaikan.
“Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan,” katanya di sini.
Kali terakhir harga RON95 dikaji semula pada Disember 2010 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak di peringkat global.
MKP Ayat Sempoi ; Anwar kata harga petrol akan turun jika Pakatan Haram Takluk Putrajaya?Turrrrr punya ayat,ramai dah kena kelentong dengan Bro Anwar B Ibrahim nie.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.