Tuesday, March 6

KALAU BEGINI RUPANYA TERUK MALAYSIA?

Kalau begini rupanya pasti ramai yang akan meminatinya.MALAYSIA bakal ‘digemparkan’ dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.
Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D’Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.
Apa dah jadi dengan Malaysia nie,masih lagi ramai artis malaysia yang dok ada akan tetapi masih lagi ada pihak dok promosi artis luar....akan tetapi Pemuda BN lagi terbaik dengan Penganjuran  BN Youth Music 2011.
Hampir 3,500 orang di kalangan belia hadir dalam memeriahkan festival BN Youth Music 2011 yang berlangsung baru-baru ini , julung kalinya diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir pada acara menutup tirai yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut, menyaksikan kemeriahan festival selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, yang turun mengiringi Najib.

Khairy yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri berpuas hati dengan gerak kerja Pemuda BN dalam mendekati golongan belia melalui muzik, jauh berbeza dengan cara pendekatan lama yang digunakan sebelum ini.

“Kami cuba membuat pembaharuan dengan menarik penglibatan golongan muda berusia di antara 16 dan 40 tahun melalui seni, yang selama ini hanya dilakukan melalui ekspo-ekspo pekerjaan dan perumahan. " kata Khairy.

Melihatkan kepada sambutan yang cukup menggalakkan, Ketua Pemuda Umno dan BN ini tampil dengan keyakinan mahu membawa festival ini keseluruh pelusuk negara, tahun hadapan.


4 comments:

  1. setuju la bro, bn youth music bakal lahirkan bakat baru kalu kena pada gaya.

    buatpe jadikan indon ikon kita ye tak? tapi aku tak setuju satu dengan lu la bro.

    lu punya ayat akhir ni macam cilok dari artikel portal gua penah baca la.

    http://www.klpos.com/hiburan/2850-ribuan-belia-meriahkan-bn-youth-music-2011

    lu patut letak kredit kalu cilok ayat dari artikel orang bro. nanti marah orang bro.

    ReplyDelete
  2. x support artis nasyid ke?

    http://www.alziyadnews.com/2012/03/anda-setuju-jom-khatan-sapa-belum.html

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.