Pengumuman perletakan jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil semalam, bukanlah satu tanda kejayaan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat sehingga boleh diraikan.
Malah perletakan jawatan ini sebenarnya menyebabkan Pakatan Harami hilang satu isu besar yang boleh digunakan dalam kempen pilihanraya umum yang akan datang. Seperti yang semua dari kita sedia dimaklumkan, NFC bukanlah isu untuk menjatuhkan Shahrizat tapi untuk menjatuhkan UMNO.
Tapi yang penting, Shahrizat perlu kekal dikedudukannya sekarang sebab hanya jawatannya sebagai Menteri itu sahaja yang boleh mengaitkan isu NFC dengan kerajaan dan para pembuat keputusan pada 2006 yang menganugerahkan projek ini kepada syarikat suaminya.
Nampaknya sekarang Pakatan Harami perlu memikirkan strategi baru dalam soal NFC ini setelah pengunduran Shahrizat. Yang paling utama bagaimana untuk menyakinkan rakyat bahawa pengunduran Shahrizat bukanlah penamat kepada isu NFC ini. Rakyat secara puratanya melihat pengunduran Shahrizat adalah bukti UMNO tidak melindungi pemimpinnya yang terbabit dengan salahguna kuasa.
Blogger UMNO akan menjadikan soal pengunduran Shahrizat ini sebagai ‘peluru’ untuk mendesak supaya beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sedang bergelut dengan masalah tersendiri, turut meletak jawatan juga.
Antaranya YB Elizabeth Wong (gambar lucah), Ustaz Badrolamin (khalwat), YB Drs Hj Saipul Bahrin Mohamad (zina), YB. Dato’ Haji Omar Mohammed (zina) dan yang mendahului sasaran blogger UMNO, sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah liwat dan video lucah.Inilah pemahaman yang ditanam dalam benak para blogger UMNO dalam mencari idea untuk menyerang kesemua pemimpin Pakatan Rakyat di atas.
MKP Ayat Sempoi ; Kak Wan Patut letak jawatan jugak Kot?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.