Bab tegakkan undang-undang nie MKP puji sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam membuat keputusan dan reaksinya begitu pantas dan cepat mahu menyelesaikan masalah berbangkit yang mengaitkan KDN.
Apa tidaknya terbaru KDN meminta Datuk Seri Zahrin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaannya wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dijalankan dengan segera.Walau bagaimana pun siasatan akan dilakukan berdasarkan bukti yang ada pada beliau.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam masa yang sama juga meminta KDN supaya memandang serius isu itu kerana melibatkan soal keselamatan negara.
Hishammuddin berkata, semua pihak perlu berganding bahu dengan pihak antarabangsa bagi mendapatkan bukti yang benar-benar kukuh sebelum pendakwaan dapat dilakukan.
"Apa jua tindakan mesti bersandarkan bukti. Ia bukan berkisar pada tanggungjawab polis sahaja," katanya.
"Perkara melibatkan wang kena ada agensi lain seperti Bank Negara dan Kastam. Saya hendak ingatkan Musa (Datuk Musa Sheikh Fadzir) juga, hal ini bukan perkara baru tetapi perlu disandarkan dengan hujah dan bukti yang kukuh," tegasnya lagi.
MKP Ayat Sempoi ; Jika begini semua Menteri Nescaya BN akan mendapat majoriti 2/3 dengan mudah pada pru 13.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.