Sunday, March 4

Norish Meletup Lagi?

Apa dah jadi dengan Norish Karman atau Norish mengakui dia pernah menangis secara bersembunyi tanpa pengetahuan anak-anaknya kerana tidak tahan membendung kesedihan daripada pelbagai dugaan dan tohmahan yang menimpa dirinya.

Terkini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian itu berkata walaupun pada mata kasar dia kelihatan tabah dan tidak tergugat dengan kisah-kisah duka yang silih-berganti, dia juga tidak boleh lari atau menyangkal perasaan sedih dan terkilan.

“Saya tidak terjejas secara luaran dan orang nampak seperti saya kuat untuk menghadapi kisah keruntuhan rumah tangga dan pelbagai fitnah yang mengaibkan, tetapi saya juga manusia biasa yang mempunyai rasa sedih dan kecewa.

“Saya pernah berduka dan menangis di belakang anak-anak tetapi Tuhan itu sentiasa ada untuk memberikan kekuatan,” katanya.

Norish berkata dia lebih selesa untuk mengambil pendekatan positif terhadap apa yang berlaku. Katanya, kedukaan dalam hidup sebelum ini lebih mematangkan diri dan memberikan semangat untuk dia terus melangkah.

“Bagi saya, fitnah dan tohmahan adalah resam dunia artis. Saya memilih jalan ini, jadi saya mesti hadapinya walaupun perit dan berat. Saya sedih apabila anak-anak yang terkena tempiasnya,” katanya.

“Kalau ada tujuh orang yang tidak suka dan hanya ada tiga saja yang suka, itu sudah menjadi kekuatan buat saya. Saya kini hidup hanya untuk orang-orang yang mengambil berat dan menyayangi saya seadanya.

“Mengapa orang perlu menghakimi saya kerana saya tidak pernah menjatuhkan hukum pada orang lain? Saya akui pernah melakukan kesilapan dan belajar untuk menjadi lebih baik. Kebahagiaan saya kini adalah Tuhan, keluarga dan muzik saya,” katanya.

MKP Ayat Sempoi : Bukan dunia artis saja yang mencabar dalam dunia politik lagi dasyat siap boleh bagi kaunseling jam 3 pagi dengan bini orang lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.