Friday, March 9
NURUL IZZAH KENA TIBAI PENSYARAH USM?
Kesediaan kerajaan memansuhkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dipertikaikan oleh pihak tertentu dan pada masa sama menaikkan gaji penjawat awam menzahirkan keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan pembelaan.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak harus bingkas mengkritik Barisan Nasional(BN) kerana mahu memperkenalkan SBPA sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhannya hari ini.
Atory berkata, langkah memberikan kenaikan gaji dengan kadar tertinggi kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Sistem Saraan Malaysia(SSM) menunjukkan Barisan Nasional(BN) komited mengurangkan jurang pendapatan penjawat awam.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa isu SBPA menunjukkan kerajaan tidak mengambil kira kepentingan penjawat awam gred rendah dan hanya memansuhkan skim itu atas desakan pembangkang dan Cuepacs.
"Tidak benar dakwaan mengatakan kerajaan tidak peka dengan tuntutan pihak Cuepacs dan memang dia (kerajaan) ambil berat, saya pun rasa tiada masalahlah.Dakwaan PKR kata langsung tidak diterima kerajaan tidak benar.' kata Atory.
"Tidak benarlah, saya sendiri menikmati pencen yang sudah naik banyak. Apa masalah PKR?," ujar beliau.
"Mungkin ada sesetengah pihak dalam sektor awam kurang berpuas hati sedikit namun nak kata semuanya gagal tidak betullah dan salahlah kenyataan yang mengatakan kerajaan gagal menangani isu ini," kata Atory kepada AntaraPos.com.
Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan manakala Sistem Saraan Malaysia diperbaiki untuk memberi kenaikan gaji kepada 1.4 juta kakitangan awam.
Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.
"Saya yakin,kenaikkan terbaru ini dapat menampung keperluan seharian pegawai kerajaan. Tetapi nak naik banyak pun tidak mungkin kerajaan boleh buat, kerajaan pun ada had-had tertentu yang boleh diberi dan tak semuanya boleh dapat," kata Atory.
Tambah Atory, pihak pembangkang tidak perlu mengkritik setiap tindakan kerajaan kerana belum tentu ia sendiri berupaya menunaikan janji-janjinya jika menawan Putrajaya.
"Saya ingat kalau pihak pembangkang jadi kerajaan sekalipun dia tidak boleh bagi semua," ujarnya.
MKP Ayat Sempoi : Padam muka kalau dah selalu dok pembohong macam papa,patut kena tibai selalu.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.