Thursday, March 15

PKR DAPAT 10 JUTA DANA PILIHANRAYA.




Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta sebuah syarikat pembinaan menderma sekurang-kurangnya USD10 juta ke dalam tabung pilihan raya parti itu jika mahu meneruskan fasa ke- 2 pembangunan semula tapak pasar Selayang.

Blogger Raja Petra Kamaruddin menerusi laman blognya mendedahkan syarikat Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB) turut dicadangkan mengemukakan tuntutan RM70 juta daripada kerajaan negeri dengan syarat USD10 juta harus disalurkan sebagai dana parti itu.

AASB sebelum ini mengikat perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor pada April 1997 sehingga Mac 2001, untuk projek memindahkan pasar Selayang lama termasuk bengkel dan pejabat pelbagaiguna yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Projek yang melibatkan tanah berkeluasan 9.8 ekar itu merangkumi empat fasa. Fasa pertama siap sepenuhnya pada tahun 2009 yang merangkumi satu blok kedai- kedai dan pangsapuri.

Raja Petra memperincikan tuntutan RM70 juta itu turut merangkumi pampasan kepada AASB yang diminta hanya meneruskan fasa ke-2 dan menamatkan fasa ke- 3 dan ke- 4 seperti yang telah dipersetujui dengan kerajaan negeri terdahulu.

Fasa kedua tertangguh akibat keengganan peniaga berpindah ke penempatan baru yang disediakan.

Pelbagai cadangan alternatif diberikan AASB untuk meneruskan projek itu namun kerajaan negeri yang diterajui PKR (selepas menang pilihan raya 2008) menolaknya.

AASB kemudiannya meminta pertolongan dari pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian sebelum diperkenalkan dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Tian dikatakan memberitahu pihak pengurusan AASB bahawa masalah mereka boleh diselesaikan dengan syarat perlu memberi sumbangan kepada PKR.

Difahamkan tanah yang diperuntukkan untuk fasa ke- 2 dan ke- 3 akan diambil alih oleh pemimpin PKR yang tidak dinyatakan namanya.

AASB bagaimanapun tidak bersetuju dengan segala tawaran tersebut dan berpendirian menunggu pilihan raya umum ke- 13 akan datang - yakin PKR akan tumbang di Selangor.Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa meminta sebuah syarikat pembinaan menderma sekurang-kurangnya USD10 juta ke dalam tabung pilihan raya parti itu jika mahu meneruskan fasa ke- 2 pembangunan semula tapak pasar Selayang.

Blogger Raja Petra Kamaruddin menerusi laman blognya mendedahkan syarikat Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB) turut dicadangkan mengemukakan tuntutan RM70 juta daripada kerajaan negeri dengan syarat USD10 juta harus disalurkan sebagai dana parti itu.

AASB sebelum ini mengikat perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor pada April 1997 sehingga Mac 2001, untuk projek memindahkan pasar Selayang lama termasuk bengkel dan pejabat pelbagaiguna yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Projek yang melibatkan tanah berkeluasan 9.8 ekar itu merangkumi empat fasa. Fasa pertama siap sepenuhnya pada tahun 2009 yang merangkumi satu blok kedai- kedai dan pangsapuri.

Raja Petra memperincikan tuntutan RM70 juta itu turut merangkumi pampasan kepada AASB yang diminta hanya meneruskan fasa ke-2 dan menamatkan fasa ke- 3 dan ke- 4 seperti yang telah dipersetujui dengan kerajaan negeri terdahulu.

Fasa kedua tertangguh akibat keengganan peniaga berpindah ke penempatan baru yang disediakan.

Pelbagai cadangan alternatif diberikan AASB untuk meneruskan projek itu namun kerajaan negeri yang diterajui PKR (selepas menang pilihan raya 2008) menolaknya.

AASB kemudiannya meminta pertolongan dari pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian sebelum diperkenalkan dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Tian dikatakan memberitahu pihak pengurusan AASB bahawa masalah mereka boleh diselesaikan dengan syarat perlu memberi sumbangan kepada PKR.

Difahamkan tanah yang diperuntukkan untuk fasa ke- 2 dan ke- 3 akan diambil alih oleh pemimpin PKR yang tidak dinyatakan namanya.

AASB bagaimanapun tidak bersetuju dengan segala tawaran tersebut dan berpendirian menunggu pilihan raya umum ke- 13 akan datang - yakin PKR akan tumbang di Selangor.

MKP Ayat Sempoi ; PKR nie kantoi lagi dengan dedahan oleh Raja Petra.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.