Monday, March 12

PM BANGGA DENGAN WANITA UMNO DAN KAK IJAT. @NajibRazak




UNDURNYA SHARIZAT BUKTI BETAPA TINGGI TAHAP TANGGUNGJAWAB, TELUS & TULUSNYA KERAJAAN BN-UMNO ! 

1. Seperti diramal, isu NFC sebenarnya membuka peluang besar untuk BN-UMNO bermain di lapangan politik ala 'Blue Ocean Strategy' sehingga pastinya tidak terjangkau oleh parti politik pembangkang. 

2. Sama ada tuduhan ke atas YB DS Shahrizat itu benar ataupun tidak, pokoknya kerelaan YB DS Shahrizat utk mengundurkan diri dari kabinet perlu disanjung kerana ia lambang kematangan politik individu dan kepartian Islam-Melayu menuju Wawasan 2020. 

3. Sikap tanggungjawab, telus dan tulus YB DS Shahrizat tidak wujud dalam jiwa ruh mana-mana pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng yang baru-baru ini membayar yuran rundingan tinggi kepada jururunding Singapura bagi satu projek pembangunan di Penang; Khalid Ibrahim yang bergelumang dengan skandal konsesi pasir di Selangor; Nik Aziz yang cenderung memajak tanah Rakyat Kelantan kepada pelabur-pelabur Cina Singapura; dan amalan nepotisme perniagaan serta politik terlampau anjuran Anwar Ibrahim. 

4. Langkah bijak DS Shahrizat lepaskan jawatan Senator seiring dgn pembubaran Parlimen sempena pengumuman PRU13 yg dijangka tidak lama lagi. 

5. Sebijak-bijak DS Shahrizat, BN-UMNO juga perlu belajar dari insiden NFC. 

6. Sebagai komuniti politik yg sudah mentadbir negara lebih 50 tahun, sudah sampai masanya utk BN-UMNO menguatkuasakan polisi yg tidak membenarkan suami atau isteri mana-mana Menteri dari parti BN-UMNO berniaga dengan Kerajaan Malaysia. 

7. Dengan adanya polisi sedemikian, semua Menteri Kabinet BN-UMNO akan dipilih bukan saja dari kalangan ahli-ahli Yang Berhormat yang hanya bersih tetapi dilihat bersih (not just clean but is seen clean) dari kacamata Rakyat Malaysia. 

FERIZ OMAR 
FB : Feriz Omar 
T : @FerizOmar 
BB : 269F6EB7

MKP Ayat Sempoi : Terima kasih saudaraku Feriz Omar diatas kesudian BBM MKP semalam.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.