Wednesday, March 21

VIDEO SEMPOI : Anwar Bela Rushdie Kecam Khomenei


Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Versus"(ayat-ayat Syaitan) yang menghina Nabi Muhamad SAW, dan dalam masa sama mengkritik fatwa Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin agung Iran yang mahukan penulis murtad itu dibunuh di atas penghinaannya kepada agama Islam itu.  

Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie. 

Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (Menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).
Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.
Bermakna laporan dailymail.co.uk mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim.
Dalam tentatif program yang disediakan The India Today Conclave menyebutAnwar Ibrahim akan memberi ceramah pada 16 Feb, bertajuk “FROM DICTATORSHIP TO DEMOCRACY: The Triumph of the People” dan Salman Rushdie akan memberi ceramah bertajuk “THE LIBERTY VERSES: I am What I am and That’s All That I am“.
Manakala Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara AS akan memberi ceramah bertajuk ” The Making of an Asian Century“.
Bukti kehadiran Anwar turut disahkan di laman rasminya sendiri, anwaribrahimblog.
Khoo Kay Peng, penganalisis politik seperti dilaporkan FMT berpendapat Memang wajar Anwar Ibrahim ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushdie dan bukannya menjauhkan diri.
“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo.
Dua tahun lalu, ketika Anwar berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Jakarta, Ketua Umum PKR itu membela Salman Rushdie.
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, katanya di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengonkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya
Lihat rakaman video di sebelah untuk mendengar hujah-hujahnya selanjutnya dalam pembelaannya terhadap Salman Rushdie.
Ketika Salman Rushdie menerbitkan bukunya “Satanic Verses” pada tahun 1988, dunia Islam memprotesnya kerana memahami maksud Salman adalah menghina Islam dengan menyamakan Al-Quran sebagai Surah-surah Syaitan.
Akibat kemarahan memuncak umat Islam di seluruh dunia itu, pada Februari 1989, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam membunuh atau membantu membunuh Salman Rushdie dan penerbitnya. Kemudian, Salman Rushdie melarikan diri ke Britain dan bersembunyi dengan mendapat perlindungan polis di negara itu.
Ketika kemarahan umat Islam masih memuncak kepada Salman Rushdie itu, pada tahun 1993, wartawan ASIAWEEK menemui Anwar Ibrahim untuk mendapat komennya.
“Saya telah membaca The Satanic Verses, saya juga telah membaca Midnight’s Children lebih awal lagi dari itu, saya anggap Salman Rushdie adalah “profound writer” (penulis berpengetahuan mendalam)”, kata Anwar.
“Saya tidak bersetuju seseorang membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang yang lain. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman Rushdie, seharusnya ia dibawa ke muka pengadilan (dan bukannya bertindak di luar pengadilan)”, katanya lagi.
Pendapat Anwar tentang Salman Rushdie disiarkan dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.SUMBER AIDC

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.