Penunjuk perasaan yang rata-rata terdiri daripada penyokong pembangkang, khususnya PAS, melaungkan slogan untuk jatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Selain daripada itu, hampir semua pemimpin utama parti politik pembangkang diberikan ruang untuk berucap kepada peserta himpunan itu.
Antara yang memberikan “ceramah” politik adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.
Seperti kelazimannya, sasaran utama kecaman mereka adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Turut dicaci dan dituduh adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pengerusi Bersama Himpunan BERSIH 3.0 S.Ambiga sebelum ini memberi jaminan bahawa gerakan itu tidak terikat dengan parti pembangkang.
Ambiga sendiri mengelak daripada dilihat bersama Anwar atau pemimpin pembangkang yang lain, tidak seperti pada Bersih 2 di mana beliau mengadakan sidang akhbar bersama mereka.
Bagaimanapun hakikat adalah sebaliknya BERSIH 3.0 dipergunakan oleh pembangkang sebagai pentas politik bagi memaki hamun lawan politik mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.