Monday, April 2

GTP UNTUK RAKYAT MALAYSIA.


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak gentar berhadapan dengan pembangkang dalam gelanggang demokratik namun tidak akan menaburjanji-janji yang boleh mengbankrapkan negara.Kerajaan ini sentiasa menepati janji. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya

Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara.Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan,” kata beliau.

“Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya, tegas Perdana Menteri merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan yang menandakan genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri, Najib berkata beliau yakin terhadap kebijaksanaan rakyat memilih sebuah kerajaan yang mempunyai rekod cemerlang membela mereka dalam setiap keadaan.

Najib berkata kerajaan pimpinan beliau tidak gentar untuk menghadapi pembangkang, malah bertindak membuka lebih luas ruang bersuara di samping memansuhkan undang-undang yang dianggap zalim.

“Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” tanya Najib.

Kerajaan turut meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti selain meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

Najib berkata segala tindakan itu menunjukkan Barisan Nasional tidak sekali-kali takut atau gentar bersaing untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca,” kata beliau.

“Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya, tambah beliau.

Datuk Seri Najib mengingatkan hanya tinggal lapan tahun untuk negara mencapai status negara maju Wawasan 2020.

Matlamat itu hanya boleh dicapai menerusi sebuah kerajaan yang dinamis ibarat sebuah kereta berprestasi tinggi.

“Kita memerlukan..komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik,” kata Najib.

“Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat,” kata beliau.

“Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya,” tambah beliau.

Najib menyifatkan pembangkang sebagai tukang karut yang melipur lara yang hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya.

“Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya,” tegas Najib.

Najib berkata masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaannya.

"Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji, “ kata beliau.AP

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.