Dasyat sungguh dugaan yang diterima oleh neelofa nie,Apa tidaknya dugaan yang diterima pulak agak mencabar minda serta kekuatan iman seseorang,Zaman la nie bukan senang nak cari artis macam nie.Kalau yang bermasalah nie belambak rasanya nak kira dengan jari pun tak cukup.MKP cukup tabik spring la dengan neelofa nie kalau betul macam nie.MKP nie ada la jugak menaruh tapi tak nak bermimpi macam pungguk rindukan bulan......Buat Neelofa cantik bukan sekadar dari ;uaran akan tetapi dar dalaman juga......
Di bawah ialah ulasan penuh daripada Neelofa di dalam Metro Ahad:-
Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka. Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan.Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak.Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya. Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati, apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.
MKP Ayat Sempoi ; Diharap Neelofa akan terus berpendirian sebegini dan tidak terperangkap di dalam jerangkap samar golongan-golongan VIP.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.