Kelab Putera 1Malaysia akan membawa pulang rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian pengeboman di sini Sabtu lepas dan masih dirawat di hospital tempatan Thailand, selewat-lewatnya, Khamis ini.
Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata menerusi ‘Misi Bantuan Membawa Pulang Mangsa Bom Hat Yai’ itu, pihaknya akan membawa pulang kesemua mangsa yang masih dirawat setelah mendapat kebenaran daripada pihak hospital dan kerajaan Thailand.
Katanya ini bagi membolehkan mereka mendapat rawatan di hospital Malaysia yang berdekatan dengan kediaman mereka supaya mereka lebih selesa.
Kita telah sediakan 30 paramedik dan doktor pakar yang diketuai oleh Dr Alwi Abdul Rahman dari Hospital Selayang bagi membolehkan mereka memantau keadaan mangsa dan akan berurusan dengan hospital bagi proses membawa balik mangsa.
Lima mangsa masih ditempatkan di dua buah hospital iaitu Hospital Songkla Nagidrind (empat orang) dan Rajyindee (seorang).Mereka akan dibawa pulang dan dihantar ke hospital negeri masing-masing bagi menjalani rawatan di sana serta memudahkan keluarga mereka menziarahi.
Abdul Azeez berkata ahli keluarga mangsa-mangsa yang cedera itu ketika ditemuinya bersetuju untuk membawa pulang mangsa yang cedera dengan segera kerana bimbang faktor keselamatan tidak menentu di sini.
Katanya mangsa akan dibawa dengan menggunakan ambulans Kelab Putera 1 Malaysia untuk dihantar pulang ke negara ini.
Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan memantau keadaan semua mangsa terlebih dahulu sama ada boleh dibawa pulang kerana bimbang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Beliau berkata Konsulat Jeneral di Songkla juga akan membantu menguruskan dan mengumpul semua barangan rakyat Malaysia yang terlibat seperti kereta, dokumen perjalanan, beg pakaian dan sebagainya untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Kerajaan Thailand telah memberi sumbangan sebanyak 10,000 Baht (RM995) setiap seorang kepada mangsa rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.
Sementara itu keluarga dua mangsa yang maut mendapat 459,000 Baht (RM45,632) dengan 150,000 Baht (RM14,910) adalah sumbangan daripada Pejabat Gabenor Songkla dan selebihnya daripada Kementerian Pelancongan Thaiand.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.