Wednesday, April 11

NFC: Jalan Ke Syurga Penuh Dengan Onak dan Duri…?


Sengaja saya ambil tajuk diatas. Kenapa? Ada sebabnya.
Sebagaimana biasa, bicara saudara Aspan Alias bagus untuk dibaca. Tajuknya sahaja, sudah cukup bagi saya untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikannya.
Namun, apabila membaca komentar yang diterima, seperti sesuatu yang kurang lengkap, yang kurang seimbang. Apakah dia?
Kebanyakannya seolah mengiakan UMNO dan Barisan Nasional itu buruk 100% dan cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan mereka yang pro kepada mereka seolah menggambarkan mereka berada di jalan yang betul.
Bunyi tajuknya, dan realiti gambaran betapa susahnya Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu saya akui, dari satu sudut menggambarkan mereka seolah di jalan yang benar.
Namun, dari satu sudut yang lain, nada yang lebih kurang sama saya dengari daripada mereka yang pro Barisan Nasional. Dikalangan mereka, disampaikan juga bahawa mereka berada di jalan yang betul, dan cabaran dan halangan yang diterima menggambarkan mereka sedang diuji untuk membuat kebaikan, menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
Nadanya sama – mereka menghadapi cabaran, dan itu tanda mereka di jalan yang benar dan betul.
Bagaimana pula, jika sebenarnya, cabaran dan dugaan itu sebagai tanda amaran kita sedang menuju ke jalan yang salah?
Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah
Kata-kata diatas juga seharusnya diambil dan diteladani. Allah menguji kita dalam senang dan susah, sihat dan sakit.
Maka, tidak bermakna, jika jalan yang kita lalui itu onak dan duri, bermakna kita sedang menuju kepada kebenaran, dan begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh, dalam kes NFC, mereka telah didatangkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apakah tidak salah, jika mereka menganggap mereka di jalan yang benar kerana diuji sebegitu rupa? Pada saya, mereka diuji kerana dipercayai berbuat salah, dan tidak melakukan sesuatu yang betul.
Dugaan? Ya. Cabaran? Ya. Benar? Belum tentu!!!
Oleh itu, muhasabahlah diri. Saya tidak mengatakan mana-mana pihak benar atau salah, tetapi saya tidak bersetuju jika mengandaikan jika apa yang kita lakukan itu diduga, kita terus menganggap kita berada di jalan yang benar.
Soalan dijalanan: Jika dua-dua pihak fikir dugaan itu tanda mereka benar, maka, kenapa masih bertelagah?
WR Syndicate: Pada kebiasaannya, ramai daripada kita gemar menganggap dugaan sebagai tanda kita betul. Dan jarang kita ambil masa, gunakan iman, ilmu dan amal untuk muhasabah diri, apakah betul dan benar tindakan yang kita ambil.
Agaknya, kerana mengganggap dirinya betullah, mereka yang terbabit dalam skandal NFC tidak dapat dielakkan.
Agaknya, kerana mengganggap dirinya betullah, mereka yang terbabit dalam skandal video seks tidak dapat dielakkan.
Komen MKP : Benteng UMNO dikukuhkan sejak tahun 1990.Waktu Mahathir kalah kepada Razaleigh dan masa Umno lama diharamkan, maka ilham untuk memperkukuhkan kedudukan Umno untuk selama-lamanya telah dilahirkan.Hegemony untuk melaksanakan agenda Umno telah diperkasakan selama 13 tahun. Masakan Mahathir boleh lepaskan jawatan PM dan control secara remote? Apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah semua sandiwara. Minda Rakyat dipermainkan oleh media massa saja. 
Realitinya ialah Umno akan tetap menerajui negara untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.