Thursday, April 26

OCCUPY DATARAN DAH MULA BERPECAH?

Macam nie nak dikatakan berjuang apa kejadah depa nie sampai dah bergaduh pulak.Rasanya pemimpin Pakatan Haram tidak lagi memberi dana kepada aktivis nie?Selepas insiden diserbu oleh DBKL dan dedahan oleh para sahabat blogger mereka nie menyokong LGBT serta perilaku kurang moral telah menjauhi pemimpin mereka.Mana Nurul Izzah dah lari ke?

Aktivis ‘Occupy Dataran’ hari ini meninggalkan Aktivis Mahasiswa terkontang-kanting di Dataran Merdeka selepas 11 hari mereka berkampung di sana bersama mereka.

Menurut laporan portal berita Malaysian Digest, wujud perselisihan faham di antara kedua-dua kumpulan aktivis itu yang menyebabkan aktivis ‘Occupy Dataran’ meninggalkan lokasi protes tersebut.

Kumpulan yang diketuai oleh Fahmi Reza itu dilihat meninggalkan ‘kem’ dengan membawa semua barangan peribadi mereka termasuk khemah.

Ketika ini hanya seorang sahaja aktivis mahasiswa yang berada di Dataran Merdeka iaitu yang dikenali sebagai Alif daripada Legasi Mahasiswa Progresif yang memberitahu kumpulan Occupy Dataran membuat keputusan untuk beredar selepas berlaku pertikaman lidah dengan kumpulan mahasiswa.

“Ada beberapa perkara yang kedua-dua kumpulan tidak dapat mencapai kesepakatan yang menyebabkan mereka (Occupy Dataran) mahu beredar,” kata Alif.

“Mereka langsung tidak memberitahu kami, mereka hanya kemas barangan mereka dan beredar bersama-sama khemah yang di antaranya kepunyaan kami,” tambah beliau.

Sebelum ini kedua-dua kumpulan aktivis tersebut nekad untuk terus berkhemah di Dataran Merdeka hingga 28 April ini bersempena dengan perhimpunan Bersih 3.0.

Perkembangan terbaru itu membuktikan yang perjuangan mereka selama ini sekadar hangat-hangat tahi ayam.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.