Thursday, April 12

PENERANGAN BAHAGIAN JANGAN DOK LENA BANYAK SANGAT?


Penerangan Bahagian jangan dok lena banyak sangat?MKP tertarik dengan apa yang  telah dibicarakan oleh Tok Mat nie,Hampa dah terima jawatan so buatla keja yang telah diamanahkan.Jangan dok tunggu bila dah kena tegur baru nak buat keja....Woiiii benda dah lambat umpama nak berak baru nak korek lubang.......Kalau tak mau buat keja bagilah kat orang lain yang boleh buat keja.......Pengerusi WAR ROOM kat tempat aku (Tanjong P49) pun sama jugak bila dah cilok orang punya keja tue patut mau rasa malu sikit,,,tak salah ambil benda tue tapi bagi la kredit kat orang yang bersusah payah bersengkang mata cari maklumat lepas tue senang hati bentang dalam mesyuarat kata hang buat piraaaaaah.......Tok Mat inilah hakikat yang dok ada.....Kena pada tempat dan masa nie tegur depa nie...

"Program penerangan yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah umum sahaja, tetapi pengedaran risalah kepada orang awam, program turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan masing-masing dan juga penerangan melalui media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya," jelas beliau yang di temui di pejabat UMNO Bahagian Pandan ketika sesi lawatan ke 'war room' UMNO Bahagian Pandan.
Tambahnya lagi, jentera-jentera penerangan UMNO di seluruh negara perlu memanfaatkan segala ruang termasuk bertemu dengan rakyat dan pengundi secara berdepan, menggunakan media cetak, media digital mahupun media elektronik, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat secara tepat kepada masyarakat bagi memperjelaskan usaha-usaha kerajaan disamping menangkis fitnah-fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang terhadap usaha yang dilakukan kerajaan. 
"Namun saya mahu ingatkan, janganlah kita meletakkan beban ini hanya semata-mata di atas bahu ketua penerangan baik di peringkat bahagian atau cawangan sahaja. Kesemua ahli UMNO sebenarnya perlu mengambil tanggungjawab ini. 
"Penerangan boleh dilakukan di mana sahaja seperti di kedai-kedai kopi atau majlis keramaian contohnya. Kita sebagai ahli UMNO perlu menjadi agen-agen penerangan biar di mana sahaja kita berada," jelas beliau. 
Program penerangan ini menurut beliau, adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi memastikan rakyat mendapat info yang sebenar tentang penipuan janji-janji dan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan. 
"Sebagai contoh, pembangkang menabur janji konon-kononnya sekiranya mereka diberi kuasa, maka mereka akan menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol dan juga menyeleraskan gaji minumum sebanyak RM 4 ribu. 
"Jika dilihat semula, segala janji yang ditabur oleh pembangkang itu sesetengahnya tidak logik sama sekali, dan ada pula yang sebenarnya sudah boleh mereka laksanakan, tetapi sehingga har ini masih tidak dilaksanakan oleh pihak pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.
"Contohnya, penghapusan tol. Mereka berjanji untuk menghapuskan tol sekiranya berkuasa namun, sehingga kini tol di Pulau Pinang masih lagi tidak dihapuskan, sedang pemerintahan negeri tersebut di dalam tangan mereka.
 
"Begitu juga penurunan minyak petrol. Saya cabar mereka supaya menurunkan dulu harga minyak di empat buah negeri yang mereka kuasai. Mereka boleh menurunkan harga minyak dengan syarat kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka sanggup untuk menanggung kos subsidi rakyat," ujarnya lagi. 
Namun jelas sehingga ke hari ini, kata beliau lagi tidak ada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang tentang segala perkara yang mereka janjikan kepada rakyat, kecuali hanya menjalankan propaganda dan menabur fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi mempengaruhi rakyat. 
"Mereka hanya tahu berjanji tetapi janji-janji itu tidak logik dan hanyalah janji kosong semata untuk memperdayakan rakyat di negara ini demi kepentingan politik mereka," tegasnya. -MediaUMNO

1 comment:

  1. Salam perjuangan tuan. mohon link pada blog tuan http://eddyjugaks.blogspot.com . Tq so much

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.