Wednesday, April 4

PENJELASAN PEMUDA ISU BAYAN MUTIARA....



Pemuda UMNO PP merasakan sudah sampai masa menjelaskan semua perkara dengan fakta terperinci berkenaan penjualan tanah masjid dan sekolah di pembangunan Bayan Mutiara selama ini. Pemuda pertama kali mempersoalkan mengenai mengenai penjualan tapak masjid dan sekolah di bayan mutiara dengan memberikan nombor rujukan pelan kebenaran merancang kebenaran merancang iaitu JPB/PM/4490(LB)Pin.1 bertarikh 30 Oktober 2006.

Persoalan yang ditimbulkan sebaliknya tidak mendapat jawapan malahan mendapat ugutan untuk menyaman atas dasar kononnya pemuda memainkan unsur perkauman. Sehingga ke hari ini tiada jawapan mengenai pelan kebenaran merancang tersebut malahan satu-satunya jawapan yang telah dikeluarkan daripada ketua menteri hanyalah beliau telah menjual tanah bayan mutiara seluas 41.6 hektar yang tiada pecah sempadan. Dituruti pula jawapan daripada Zairil Khir Johari bahawa nyawa ketua menteri terancam dengan perkara ini dan UMNO, TV3 dan Utusan akan disalahkan jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada ketua menteri. 

Malahan saya pula digelar bodoh dan dituduh tidak tahu sejarah Bayan Mutiara kerana kononnya pemimpin UMNO dulu yang perlu dipersalahkan apabila tiada pelan pecah sempadan yang dibuat sebelum ini yakni pada tahun 2006. Walaupun saya telah kemukakan semua fakta di media TV3,namun mungkin pemimpin pakatan rakyat cetek ilmu pengetahuan seperti Mujahid Yusof Rawa dan Pemimpin Kongres Melayu Rahmad Ishak yang terus mempertikaikan penjualan tapak masjid dan sekolah tanpa usul periksa atau mungkinkah sekadar membantu rakan mereka LGE yang sudah tersepit walaupun perkara ini melibatkan tanah milik orang Islam dan Rakyat miskin Pulau Pinang.

Biarlah saya menceritakan sejarah pembangunan bayan mutiara agar mereka lebih faham dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan kenyataan membuta tuli. Pelan merancang yang pertama telah dikemukakan kepada MPPP pada 3.3.2005 dengan beberapa pindaan yang akhirnya telah diluluskan pada 30.10.2006. Tapak pembangunan bayan mutiara ini merupakan tanah tebus guna yang rata, ditumbuhi belukar pepohon gelam berpasir dan terletak di persiaran sungai nibong. Dibawah Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP/PN-020(PL/PP)(F1/96) tapak ini ditunjukkan sebagai "Tanah/Projek Kerajaan/Utiliti dan Infrastruktur Awam". Keluasan tapak ini pada ketika itu adalah 93.06 ekar.

Pelan kebenaran merancang yang diluluskan pula mengandungi berbagai jenis perumahan dan kemudahan2 masyarakat lain terutamanya tapak sekolah seluas 6 ekar yang telah dipersetujui akan diserahkan kepada kementerian pendidikan ketika itu dan tapak masjid seluas 2.49 ekar yang telah dipusatkan dan perlu diserah kepada MAINPP. Dalam syarat yang ditetapkan dalam pelan kebenaran merancang tersebut tapak sekolah dan tapak masjid perlu diserahkan dengan pelan pecah sempadan dan milikan kosong sebelum memulakan kerja dan diluluskan pihak berkuasa negeri sebelum sijil kelayakan menduduki dikeluarkan. Namun begitu,oleh kerana tapak tersebut terletak diatas tanah yang ditebusguna, pihak PDC tidak dapat memperolehi Suratan Hakmilik Sementara yakni no.lot dan no. hakmilik daripada pendaftar hakmilik negeri pulau pinang yang pada ketika itu masih di bawah pegangan pihak kerajaan negeri dan pemajunya adalah anak syarikat PDC sendiri iaitu PDC Properties SB. 

Pihak PDC juga pada ketika itu telah membuat akujanji dengan suratnya kepada MPPP akan mengemukakan permohonan pemberian milik tanah bagi projek ini terus kepada pihak berkuasa negeri kelak dan tidak perlu mengemukakan pelan pecah sempadan kepada MPPP pada ketika itu. Dengan jaminan tersebut permohonan memulakan kerja telah dibenarkan dan pembinaan fizikal fasa 1 bayan mutiara D'Residence telah dimulakan pada 27 september 2007. Sijil Layak menduduki untuk fasa 1 bayan mutiara dengan nombor pelan bangunan PB NO 44881(LB) telah diperolehi pada Julai 2010 yakni ketika proses tender bayan mutiara sedang berjalan . Sepatutnya Pelan pecah sempadan telah dikemukakan berdasarkan Suratan Hakmilik Sementara yang sepatutnya telah diperolehi. Pada ketika itu kerajaan negeri DAP telah menjual keseluruhan baki tanah 41.6 hektar termasuk laut yang akan ditebusguna.Cukup menghairankan semua agensi yang terlibat telah mendiamkan diri apabila tapak masjid dan tapak sekolah turut dijual.

Pemuda UMNO pada hakikatnya memang 'Hero Rakyat" apabila berjaya membongkar skandal ini. Pemuda UMNO akan tetap teruskan perjuangan walaupun digelar bodoh atau apa sahaja sehingga tapak masjid dan tapak sekolah seluas 8.49 ekar yang bernilai hampir 185 juta dengan kadar harga rm500 sekaki persegi sekarang. Perjuangan pemuda adalah untuk rakyat miskin pulau pinang yang jelas cuba dipinggirkan oleh kerajaan negeri DAP. 

Tindakan LGE mendiamkan diri dan mengalihkan isu serta cubaan sesetengah pihak untuk membuatkan orang Islam bergaduh sesama sendiri dengan mengarahkan Mujahid Yusof Rawa dan Rahmad Ishak menghentam pemuda UMNO tidak akan berkesan kali ini. Penjelasan mengelirukan IVORY sekolah dan masjid akan dibina SEKIRA TIMBUL KEPERLUAN dan DI LOKASI LAIN YANG SESUAI tidak dapat diterima sama sekali. IVORY hanya merupakan kontraktor dan bukannya pemaju iaitu TROPICANA IVORY untuk menjawab isu ini. Penjelasan IVORY juga telah mengukuhkan lagi bahawa skandal penjualan tapak masjid dan tapak sekolah cuba dielakkan untuk diperjelaskan kepada rakyat oleh LGE.

Akhir sekali berbaloikah gula2 kerajaan negeri DAP yakni RM100 utk warga emas,RM1000 untuk kemasukan IPTA, RM1000 untuk pengurusan jenazah dan anak emas RM200 berbanding hak rakyat miskin bernilai RM185 juta yang hilang begitu sahaja.Ir Shaik Hussein



KEMBALIKAN TAPAK MASJID DAN TAPAK SEKOLAH BAYAN MUTIARA TANPA KURANG SEINCIPUN DAN PADA LOKASI YANG SAMA KERANA INI MILIK RAKYAT MISKIN PULAU PINANG.

1 comment:

  1. Harap orang Melayu Islam Pulau Pinang buat sembahyang hajat memohon agar Allah SWT memberi petunjuk agar tapak Mesjid dapat dikembalikan dan seterusnya di bina untuk syiar Islam kepada orang-orang Pulau Pinang yang dapat Nur cahaya perjuangan. Biarlah mereka yang buta hati dan lembih mengelapkan oleh Allah SWT memberi alasannya demi politik. Kita berjuang untuk hak, mereka berjuang untuk undi.

    Allahu akbar.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.