Tiga letupan bom di Yala, selatan Thailand - wilayah yang menyaksikan konflik dalaman, mengakibatkan sembilan orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera.
"Sembilan orang disahkan terbunuh. Sekitar 112 orang cedera dalam letupan bom Yala," kata jurucakap tentera Kolonel Pramote Promin.
Menurut pegawai itu, salah satu letupan bom membabitkan kereta manakala dua lagi diletakkan pada motosikal berasingan.
Beberapa rumah kedai terbakar ekoran letupan bom hari ini dan sejumlah kereta dan motosikal juga rosak teruk.
"Bom-bom ini letup dalam tempoh selang 10 minit," katanya lagi.
Gabenor Yala memberitahu televisyen Thai bahawa kebanyakan mangsa cedera dalam letupan bom yang ketiga, yang diletakkan pada sebuah kereta, ketika mereka berkumpul di lokasi kejadian.
Laporan Channel 3 menyebut, dalam insiden berasingan, berlaku letupan di sebuah hotel di daerah Hat Yai tetapi tiada kehilangan jiwa dilaporkan.
Kemudian, satu bom kecil meletup di pusat makanan di wilayah Pattani, kata polis.
Lebih 5,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan kumpulan pemisah di selatan Thailand pada Januari 2004 di Yala, Pattani dan Narathiwat.BERNAMA
MKP Ayat Sempoi ; Kat Malaysia nie masih aman dan rakyat patut bersyukur,cuma puak harami pakatan haram yang cuma mencetuskan huru-hara kat malaysia nie....
MKP Ayat Sempoi ; Kat Malaysia nie masih aman dan rakyat patut bersyukur,cuma puak harami pakatan haram yang cuma mencetuskan huru-hara kat malaysia nie....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.