Assalamuailaikum dan salam sejahtera
Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,
Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.
Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya. Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??
Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.
Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.
Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.
Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.
Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.
p/s: Harakah Daily yang disebutkan itu kemungkinan besar post yang ini.http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9943-bersih-30-pas-ucap-tahniah-ikut-arahan-pemimpin
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.