Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.
Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing.
Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.
Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran.
Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,000 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.
Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini.
Beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.
Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam.
Malah tinjauan di Bandar Sunway mendapati terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke.
Lebih mengejutkan, terdapat juga rumah urut yang beroperasi tanpa papan tanda, malah cara perkhidmatannya tidak ubah seperti rumah pelacuran.
MKP Ayat Sempoi : Mak Lampir tok sah dok Selak kain orang , tempat sendiri macam haram jadah....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.