Thursday, May 17

ADUN KOMTAR DAP ( NG WEI AIK )MENYAMAR PEGAWAI KDN




Sejak bila pulak DAP menjadi pemerintah Malaysia dan Mat Sabu jadi Menteri Dalam Negeri...Lawak tahap gaban beb,DAP yang cukup cauvanis dengan sikap suka mempergunakan kuasa demi kepentingan politik.Terbaru ADUN Komtar dah tunjuk pandai menyamar jadi pegawai KDN.Sebelum nie halau peniaga dengan kerjasama MPPP angkat tong gas.Adegan yang tak sepatutnya dibuat oleh YB kalau tiada motif cauvanis yang mendalam.

Seolah-olah tidak serik, wakil rakyat DAP, Ng Wei Aik sekali lagi menunjukkan sikap ala samseng terhadap warga asing.

Kali ini berlaku di sebuah dusun di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini pada Jumaat lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu didakwa menyalahgunakan kuasa terhadap pekerja asing.

Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan mengikut operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke kawasan berkenaan bagi meninjau laluan haram yang dibuat oleh pemilik dusun itu.

Bagaimanapun, Wei Aik telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menahan dua pekerja asing di situ, menyemak pasport serta permit kerja mereka.

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, kejadian tersebut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 12 Mei lalu.-utusan

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.