Perkara tersebut dibangkitkan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media semalam mengumumkan untuk menilai pendirian Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.
“Ini menunjukkan ada masalah dalaman khususnya parti DAP yang bertentangan dengan cadangan demonstrasi BERSIH," ujar beliau.
Penyarah Kanan Pusat Pengajian Hal Ehwal Antarabangsa UUM itu kemudian menyelar tindakan Anwar yang seolah-olah menutup ruang demokrasi pemimpin gagasan itu untuk menyatakan pendirian secara terbuka.
Menurutnya tindakan Abdul Aziz membantah perhimpunan tersebut adalah rasional demi mepertahankan kesejahteraan negara.
“Tidak patut sebab tak ikut suara parti, kalau ikutkan demokrasi suara ini patut didengar, mungkin Tunku Aziz sudah menyuarakan di peringkat dalaman, tapi tak didengari, jadi dia suarakan di luar. Itu jalan terbaik untuk dia,” kata beliau lagi.
Senator DAP itu menggemparkan sesi sidang Dewan Negara minggu lalu apabila secara terbuka enggan bersetuju dengan cadangan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) yang mahu diadakan di ibu negara.
Bantahan itu menurutnya berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang berakhir dengan keganasan.
Dalam ucapannya Abdul Aziz menegaskan tindakan mengarahkan orang ramai menyertai perhimpunan haram di Dataran Merdeka menggalakkan masyarakat melanggar undang- undang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.