Friday, May 11

#HBN2012 Peguam Muda Turut Teruja Jayakan Himpunan Jutaan Belia.


11 hari menjelang Himpunan Jutaan Belia yang merupakan 10 himpunan terbesar di dunia yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini bakal melibatkan peguam-peguam muda yang turut teruja mahu menjayakan setiap acara yang disediakan.
“Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.
Dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.
Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini.”
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.
Ketahui setiap segmen dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia sepanjang berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia layari : www.hbn.gov.my 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.