Friday, May 11

KENALAN SUMPAH LAHANAT ANWAR ADA TEMAN LELAKI?




Ribuan penduduk hadir pada ceramah untuk mendengar pendedahan oleh rakan-rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan licik berselindung di sebalik imej bersih.

Majlis anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu diadakan di Pinggiran Gombak, semalam. Ia adalah antara program jelajah TIBAI 2012 yang bertujuan mendedahkan satu persatu pembohongan Anwar kepada rakyat.

Majlis dimulakan dengan sumpah keramat yang dilakukan oleh bekas Exco Pemuda PKR pada 1999, Abdul Ghani Harun dan diikuti oleh bekas setiausaha sulit Anwar sendiri, Senator Ezam Mohd Nor.

Abdul Ghani dengan berani bersumpah laknat dengan memegang Al-Quran dan berkata apa yang dibongkarkannya adalah benar.

"(Jika) saya Abdul Ghani Harun berdusta memfitnah manusia bernama Anwar Ibrahim, kau laknatilah hamba."

Abdul Ghani dalam ucapannya mendakwa bahawa Anwar pernah berhubungan dengan seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan yang dijadikan teman isimewa beliau.

Dakwanya, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menghubungi pelajar tersebut untuk meminta gambar peribadi.

"Ala awak tahu la gambar ringan-ringan,
"Gambar apa Datuk Seri?
"Gambar tidak pakai baju ke?"

Ezam pula melahirkan kebimbangan kemungkinan Anwar menjadi boneka kepada kuasa luar yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

"Untuk mempertahankan negara kita. Yang diserang hari ini bukan BN, bukan UMNO, tapi negara kita. Saya faham benar.

"Saya pernah bersama mereka, saya tahu agenda mereka faham rangkaian mereka dan kalau kita tidak bersama, bersatu, anak-anak muda perlu sedar, kalau dulu kita hilang Singapura, kini hilang segala-galanya," ujar beliau.

Turut hadir adalah bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

TIBAI dilancarkan pada 24 April 2012 dengan matlamat untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.