Penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin menafikan penglibatannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Selangor seperti yang dihebahkan menerusi bunting yang digantung sekitar Sungai Buloh dan Paya Jaras.
Pengurus yang juga isteri penyanyi itu, Datin Rashidah Abdullah memaklumkan suaminya tidak pernah bersetuju untuk menyertai program berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mei ini di Tapak Pasar Malam Kampung Paya Jaras.
“Saya kesal kerana pihak terbabit menggunakan nama dan gambar suami saya tanpa kebenaran, saya minta mereka turunkan semua bunting yang digantung jika tidak, perkara ini saya akan bawa ke tengah.
‘Sebelum ini wakil penganjur itu mengaku dari sebuah syarikat pengendali majlis pernah menghubungi suaminya April lalu bertanyakan ada masa terluang atau tidak pada 6 Mei dan suami kata ada. Persetujuan belum diberi, bunting sudah dinaikkan dengan muka Datuk terpampang,” katanya.
Katanya, dia ada memberitahu penganjur berkenaan bahawa suaminya tidak boleh menyanyi kerana doktor mengesahkan penyanyi itu mengalami jangkitan tekak dan perlu berehat dalam tempoh lama tetapi penganjur tetap menginginkan Datuk datang dengan berbayar.
‘Saya kesal dengan sikap penganjur terbabit yang tidak menghormati keputusan Datuk yang tidak dapat memberikan komitmen untuk menyanyi atau hadir pada hari tersebut,” katanya
Menurutnya, tindakan tersebut secara tidak langsung menjejaskan reputasi Jeffrydin sebagai penyanyi dan mahu pihak berkenaan tidak mempergunakan nama suaminya untuk kepentingan politik.
“Janganlah, Datuk Jeffrydin cari rezeki dengan menyanyi, bila orang buat begini seolah-olah mahu menutup periuk nasi kami sekeluarga,” katanya.
Jeffrydin yang turut hadir semalam tidak dapat memberikan sebarang komen kerana masalah jangkitan tekaknya.SinarHarian
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.