Saturday, May 5

LARIAN BENDERA UMNO PARLIMEN TANJONG SEMPENA HARI ULANGTAHUN UMNO KE-66



Pemuda UMNO Bahagian Tanjong berikrar untuk menjadikan hari ulang tahun UMNO ke-66 pada 11 Mei ini sebagai iltizam mereka untuk terus melipatgandakan usaha membantu jentera Barisan Nasional (BN) bahagian berkenaan memenangi kawasan tersebut.

Ketuanya Saudara Jeffri Salim berkata perjuangan UMNO yang dekat dan sentiasa mendampingi rakyat perlu dilipatgandakan agar apa yang telah dirintis oleh tokoh-tokoh UMNO terdahulu berterusan.

Menurut beliau tidak ada maknanya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang gagah dan kuat, namun tidak mendekati rakyat dan penduduk di akar umbi dengan sebaik mungkin kerana harapan rakyat cukup tinggi terhadap parti tersebut.

“UMNO telah banyak dan cukup berjasa kepada rakyat dan atas maksud itu, sebagai generasi muda dan pemimpin pelapis serta sayap parti, kesinambungan berkenaan perlu diteruskan.

“Tohmahan dan fitnah yang dijaja oleh pembangkang kononnya UMNO menerusi payung BN yang diharungi bersama dengan parti-parti komponen yang lain hanyalah sekadar usaha terdesak pembangkang untuk menafikan segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan.

“UMNO tidak sama sekali bongkak dan angkuh tetapi berteraskan kepada tanggungjawab melaksanakan amanah sebagai parti yang menjadi jambatan kepada rakyat dan perkara itulah yang mengkhuatirkan pembangkang,” katanya.

UMNO akan menyambut ulang tahunnya pada 11 Mei 2012 ini dengan pelbagai acara dan sambutan yang gilang-gemilang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jeffri seterusnya percaya apa pun tohmahan serta berita karut yang cuba disebarkan oleh pembangkang tidak akan memberi kesan kepada parti itu kerana rakyat tahu menilai apa yang ada di depan mata mereka.

“UMNO zalim… UMNO pengkhianat kepada rakyat dan macam-macam lagi tohmahan hanyalah sekadar penyedap cerita sahaja… Kalau dalam masakan umpama ajinomotolah katakan.

“Sebab itu kita tidak pelik dengan apa yang dilontarkan itu sebaliknya akan terus menjadi pembakar semangat kepada Pemuda UMNO Tanjong untuk terus melipatgandakan gerakan dan khidmat bakti kepada rakyat demi parti.

“Insyaallah..kami akan terus berkhdimat tanpa mengira penat dan lelah malah ulang tahun UMNO pada 2012 kali ini akan menjadi tunjang dan lonjakan yang penuh bermakna kepada kita dalam usaha memastikan Tanjong (P049) khususnya kembali ke tangan BN,” katanya.

Berikut laporan bergambar larian Bendera UMNO sempena hari UMNO ke-66 Peringkat Parlimen P049 Tanjong

Ucapan kata semangat oleh Ketua Bahagian UMNO Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Bergambar beramai-ramai...

Penyerahan Bendera Kepada Puteri UMNO Bahagian Jelutong oleh Ketua Puteri UMNO Tanjong Puan Muszaina Mustaffa.

Steady Puan Norjan (tengah berbaju merah/hitam)Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong. 

Penyerahan Bendera UMNO kepada Bahagian UMNO Jelutong oleh Ketua Bahagian. 

Jeff apa yang lucu sampai gelak sakan

Buat apa sampai angkat tangan tue Boss saudara Nizam Hashim Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong.

amboi ceria sungguh anak mami Tanjong

Cuba teka siapa?

Lari sampai Penang Road Guan Eng bagi restu Ke? 

Panjangnya konvoi


Lari ke berjalan boss?









Penat nampak Puteri Tanjong.

Pemuda UMNO Bahagian Bukit bendera.

Salam penyerahan dari Bukit Bendera Ke Bahagian Tanjong.




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.