Monday, May 7
LIM GUAN ENG KENA "WARNING" DENGAN WARTAWAN?
Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan 40 wakil rakyat dikejutkan dengan kehadiran wartawan yang membawa kepingan kertas kuning menyatakan pendirian mereka terhadap kebebasan akhbar.Manakala terdapat mesej peringatan bersifat umum yang disasarkan kepada individu tertentu termasuk Lim dilekatkan pada panel kayu dihadapan lobi utama Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lim dikenali sebagai pemimpin yang sering mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar digesa tidak mengharamkan penglibatan sesetengah media selain membenarkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan DUN bermula hari ini sehingga 15 Mei nanti.
Mesej-mesej itu antara lain mencadangkan Lim, "tidak mengadakan sidang akhbar yang terlalu banyak setiap hari" dan "tidak terlalu rajin dan digalakkan berehat".
Lim juga diberitahu dalam mesej tersebut agar tidak sentiasa menyalahkan media apabila berita tentang majlis-majlis tertentu tidak disiarkan.Malah terdapat juga mesej yang menyatakan bahawa ahli parlimen itu sering lambat menghadiri beberapa acara.
"Ketua Menteri ini biasanya tidak memberi jawapan yang lurus dan sebaliknya menyalahkan media arus perdana dan wartawan," memetik satu mesej.Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman turut ditegur kerana "sukar untuk didekati" oleh media termasuk sukar untuk mendapatkan komen mengenai isu-isu semasa.
Adun Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim aka Malik Itik pula dikatakan "mesra dan mudah didekati" tetapi sering tiba lewat ke majlis-majlis.
Wakil DAP Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah diberitahu agar lebih kerap turun padang di kawasannya manakala Koay Teng Hai (Pulau Tikus-DAP) telah dikritik kerana hanya menjemput akhbar Cina pada majlis tertentu.
"Layanan sama kepada media, menghormati estet keempat, dan tiada keganasan terhadap wartawan" antara beberapa mesej lain yang dipaparkan di dinding dan menjadi perhatian orang ramai yang hadir ke Dewan.
2 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
km pp ni dah tuli,apa jua disuarakan terhadapnya tidak akan didengarnya.bukit tak akan runtuh walau sejuta anjing menyalaknya.semakin banyak komplin dari rakyat semakin kukuh bangsanya menyokong.
ReplyDeletenyahkan dari bumi malaysia/dunia setuju????
ReplyDelete