DALAM keadaan sekarang, bila mana banyak petunjuk membayangkan kesukaran Pakatan Rakyat mengekalkan momentum kemenangan 2008, adalah menjadi kewajiban untuk Pakatan Rakyat memperbaiki kriteria calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Kita tidak mahu kesilapan meletakkan ramai calon kurang berwibawa, yang akhirnya memilih menjadi Bebas atau masuk dalam mana-mana komponen Barisan Nasional setelah menang, berulang lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Teratas sekali sudah tentulah menyingkirkan mana-mana calon yang diketahui mempunyai rekod perkhidmatan dan masalah peribadi yang boleh mencalar imej parti dan dirinya sendiri.
Dalam hal ini, penulis ingin merujuk kepada Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 11 (TKM11) Pulau Pinang dari PKR yang diketahui mempunyai ‘masalah dalaman’ tersendiri, yang mana kalau tersebar nanti mampu menggugat peluang Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi di Penanti.
Walaupun Pulau Pinang boleh dikatakan kawasan selamat untuk Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa, tapi penulis jangka BN akan memberi cabaran sengit disemua kawasan majoriti Melayu dengan dakyah yang bersifat perkauman.
Justeru, amat penting sekali untuk Penanti dipertahankan dari jatuh ke tangan BN. Apatah lagi penulis mendengar bekas penyandangnya, Mohamad Fairus Kamarudin akan dicalonkan semula oleh BN di kawasan tersebut.READ MORE
MKP Ayat Sempoi : Haaa taktik pembangkang cuba memancing dalam keadaan kritikal...Mansor nie kesayangan Lim Guan Eng macam mana desak pun keputusan ditangan Ketua cauvanis tersohor di Pulau Pinang.Kenapa begitu sikap Guan Eng kerana Mansor dah dicucuk hidung senang nak control apa saja demi melingkopkan Melayu Pulau Pinang.......
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.