Wednesday, May 30

Rakaman Video Anwar-Shamsidar ?


Senator Datuk S Nallakaruppan hari ini memberitahu kepada media motif utama beliau merakam video ‘panas’ yang membabitkan pemimpin politik dengan isteri orang itu adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan.

Pada masa yang sama, video tersebut dakwanya ada hubung kait antara hubungan sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kepada Azmin Ali, Shamsidar Tahrin.

Menurut beliau, rakaman pada tahun 90-an tersebut dibuat adalah bagi tujuan keselamatan kerana pada ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan ini timbul apabila Nallakaruppan didesak oleh wakil media ketika sidang media di sini hari ini.

Isu ini berbangkit lantaran dari kenyataan Nallakaruppan yang menyatakan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Lantaran dari kenyataan tersebut, Anwar telah memfailkan saman sebanyak RM100 juta atas nama tiga defendan, Nallakarupan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Datuk Abdul Aziz Ishak selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Justeru, Nallakaruppan telah menyerahkan rakaman pita video selama satu jam 20 minit tersebut kepada peguamnya sebagai bukti pembelaan.

3 comments:

  1. mohon admin mat kilau penang masukan anakjati-kedah.blogspot.com ke list tuan

    ReplyDelete
  2. umno-pop suka sangat cerita cerita sex..nampak sangat kaki sex...

    ReplyDelete
  3. KEPADA Anonymous june 4..biar suka cerita sex..jangan jadi sex addict yang mcm ahli politik PR yang kerjanya nak bersetubuh dengan bini orang..bezakan lah anonymous antara baca cerita dengan perlakuan melanyak bini orang..ada otak yang dikurniakan gunal le..jangan jadi bebal dan tongong sangat!!!!!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.