Thursday, May 17
SEJAK BILA ERRA FAZIRA MENJADI TUN HASMAH?
Bukan mudah bagi seorang artis untuk melakonkan watak seorang tokoh negarawan terkemuka di atas pentas teater, apatah lagi tokoh yang hendak dipentaskan itu masih hidup dan bakal menyaksikan pementasan tersebut.
Erra Fazira misalnya, adalah nama yang disebut-sebut paling sesuai serta layak untuk melakonkan watak isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menerusi pementasan teater Tun Dr. Siti Hasmah.
Malah, Erra juga berbangga apabila namanya menjadi pilihan Dr. Siti Hasmah bagi melakonkan wataknya dalam teater Tun Dr. Siti Hasmah itu yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 30 Ogos hingga 8 September ini.
Menurut Dr. Siti Hasmah dia mendapati Erra adalah pelakon yang paling sesuai melakonkan wataknya dalam teater arahan Adlin Aman Ramlie itu selepas mengambil kira pendapat banyak pihak termasuklah daripada pihak keluarganya.
"Saya telah pun melihat lakonan Erra dalam teater Muzikal Tun Mahathir pada tahun lalu. Saya suka dengan gaya lakonan Erra dalam teater itu.
"Selain Erra, Misha Omar dan Elly Mazlein turut melakonkan watak saya dalam teater itu. Di antara tiga pelakon itu saya pilih Erra untuk melakonkan watak saya dalam teater ini. Erra lebih dekat dengan diri saya. Anak-anak saya pun kata macam itu juga. Bagi saya Erra adalah pilihan yang tepat dan dia boleh 'melawakan' saya," ujarnya dalam bercanda.
Dr. Siti Hasmah meluahkan isi hatinya itu pada pertemuan tidak rasmi dengan pihak Istana Budaya yang diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan Adlin Aman Ramlie di Putrajaya baru-baru ini.UM
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.