Thursday, May 10

SEJAK BILA PULAK AMBIGA JUAL BURGER?



Sekumpulan peniaga kecil hari ini 'berkhemah' di luar rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dan membuka gerai burger.


Kumpulan peniaga yang mahu dikenali sebebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka ketika himpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?" kata presidennya Mohd Ridzuan Abdullah.

Menurut beliau, tindakan simbolik itu bagi menyedarkan Ambiga bahawa himpunan BERSIH 3.0 telah menyusahkan orang ramai. Burger yang digoreng itu bagaimanapun tidak dijual tetapi diberikan secara percuma.

IKHLAS memperuntukkan kira-kira 200 burger untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma. Mereka juga pernah berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

1 comment:

  1. Bagus! Panggil lagi ramai peniaga kasi kotor itu Ambiga punya rumah sebab dia sudah banyak kali kasi KL kotor.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.