Lagu Negaraku dipermainkan oleh Perusuh bersih.Video diatas dengan jelas membuktikan agenda DAP dalam menukar lagu negaraku apabila berkuasa kelak.Sudah pasti Perlembagaan Malaysia bakal ditukar????
Dilihat mereka yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat sehingga ada yang membawa sekali anak-anak kecil.
Barangkali ibu bapa atau mereka yang membawa anak-anak ini mahu memberitahu, bahawa sekiranya mereka berhadapan dengan masalah yang timbul di rumah atau sekolah, maka adakanlah demonstrasi dengan membaling batu ke arah ibu bapa mahupun gurunya sendiri.
Ataupun mungkin suatu hari nanti diharapkan anak-anak ini dapat memikirkan sendiri adakah apa yang ibu bapa mereka lakukan sekarang iaitu berdemonstrasi dapat memberikan faedah kepada rakyat dan negara atau sebaliknya.
Jika dilihat, banyak laporan di akhbar utama negara memaparkan kejadian yang tidak diingini, walaupun sebelum perhimpunan ini dilakukan, pihak penganjur menjanjikan ia akan berjalan dengan aman.
Tetapi hakikatnya indah khabar daripada rupa. Walaupun ada yang mengatakan ia merupakan provokasi pihak lain seperti polis sendiri, tetapi penulis ingin bertanya sekiranya demonstrasi ini tidak dilakukan, adakah perkara-perkara sebegini akan berlaku?
Cuba mereka bayangkan sekiranya yang diterajang, dipijak itu merupakan ayah atau adik beradiknya sendiri, adakah mereka sanggup lakukannya? Mungkinkah Islam atau ‘tok guru’ mereka memang menggalakkan supaya berbuat demikian atas dasar kebebasan dan mengetepikan perkara yang lebih utama?
Penulis tertanya-tanya sekiranya mereka mahasiswa atau golongan cerdik pandai, ke manakah letaknya daya keintelektualan mereka? Atau sekadar berada di atas lisan sahaja? Atau mereka lakukan apa sahaja asalkan ‘nafsu’ mereka tercapai tanpa memikirkan kesan buruk yang berlaku sebagaimana disuarakan oleh Pengasas Pondok Pulau Ular, Tumpat, Mohamed Zainal Abidin Awang dalam keratan akhbar Sinar Harian semalam: “Kami berpendapat apa yang dilakukan Nik Aziz itu hanya demi nafsu dan politik semata-mata dengan tidak mengambil kira masa depan umat Islam dan rakyat keseluruhannya demi mahu pembangkang ke Putrajaya."
Maka, penulis ingin nyatakan di sini bahawa demonstrasi bukanlah cara terbaik dalam menyampaikan sebarang tuntutan, malah ia digunakan selalunya sebagai medium pemuas nafsu dan mempunyai agenda tersendiri.
Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam yang membawa kepada pembunuhan Sayidina Uthman b ‘Affan telah bermula dan dipelopori oleh seorang pendeta Yahudi, Abdullah b Saba’, yang telah berpura-pura masuk Islam. Dia mula melontarkan benih-benih fitnah terhadap Khalifah Uthman dalam kalangan umat Islam.
Dia dan golongan Yahudi yang lain telah mengambil kesempatan ketika mana banyaknya berlaku percampuran bangsa, ramainya mualaf dan orang awam yang masih cetek iman dan ilmunya dengan menabur fitnah melalui kiasnya yang batil tentang kewalian Sayidina Ali.
Tindakan tersebut adalah supaya kaum Muslimin membenci, menyingkirkan Sayidina Uthman dan akhirnya membawa kepada pembunuhannya.
Antara katanya adalah: “Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali (pengganti atau khalifah). Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam,". Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah: “Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali."
Maka setelah pemikiran ini terpahat di pemikiran pengikutnya, maka mulalah ia mengeluarkan penyataan-penyataan yang berbaur hasutan untuk menumbangkan khalifah Uthman, menimbulkan huru-hara dan akhirnya mencetuskan pemberontakan terhadap pemerintah yang berselindung di sebalik nama amar ma‘ruf nahi mungkar. (sila lihat Tarikh ar-Rasul. 4/340 at-Thabari melalui Mawaqif dan Tahqiq Mawaqif ash-Syahabati fil Fitnati min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhaddisin juz 2 hal 342).
Maka dengan amar ma‘ruf nahi mungkar ala ‘sabaiyah’ inilah menyebabkan fitnah, timbulnya huru hara, dan peperangan sesama Muslim sendiri.
Adakah perkara seumpama ini mahu berlaku di negara kita? Siapakah ketua perhimpunan tersebut, wajarkah umat Islam menurutinya?
Berdasarkan fakta sejarah di atas, jelas menunjukkan demonstrasi tidak dapat menyelesaikan masalah malah manusia mengeksploitasikannya demi kepentingan atau objektif buruk sehingga menyebabkan keadaan bertambah gawat.
Di samping itu, demonstrasi juga memberi kesan yang negatif terhadap imej sesebuah negara.
Melalui demonstrasi jalanan yang dilakukan, ia dapat menarik perhatian masyarakat di dunia melalui apa yang dipaparkan di media-media.
Sebagaimana diketahui, media mempunyai ‘kuasa’ yang besar dalam mencermin dan mempengaruhi minda masyarakat. Maka media sudah pasti akan melaporkan apa yang berlaku di negara kita yang mana seolah-olah negara dalam keadaan huru-hara dan penuh dengan masalah.
Kesannya negara yang dikatakan sebuah negara Islam akan dilihat dengan gambaran dan perspektif negatif yang hanya disebabkan oleh tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab atau berkepentingan ini.
Bagi penulis, apa yang lebih membimbangkan adalah kesan jangka panjang. Penulis melihat perkembangan demonstrasi yang berlaku di negara kita seolah-olah akan menjadi suatu budaya dan pendekatan yang akan sentiasa digunakan generasi akan datang untuk memprotes pihak yang mereka tidak puas hati.
Tidak dinafikan dikatakan di sana adanya demonstrasi aman yang dibenarkan dan dipanggil dalam Bahasa Arab ‘Masiirah’, manakala demonstrasi liar yang tidak dibenarkan dalam Islam, ia dipanggil ‘Muzhaharah’.
Tetapi realitinya yang dilakukan adalah ‘Muzhaharah’ kerana ia biasanya tidak akan dapat dikawal dengan akal yang sejahtera dan dalam masa yang sama diselubungi dengan bisikan-bisikan syaitan yang akhirnya bertindak agresif dan luar kawal.
Maka, kita tidak mahu generasi muda masa kini dan akan datang berfikiran sedemikian yang menjadikan demonstrasi sebagai medium utama dalam menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara sedangkan banyak lagi cara yang lebih baik dan berkesan boleh digunakan yang berpaksikan kepada intelek dan nilai-nilai murni sejagat seperti perdebatan, perbincangan dan perundingan.
Akhir kata, kita tidak mahu mencapai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 nanti tapi malangnya mempunyai tahap pemikiran rakyat atau pemimpinnya yang seolah-
olah kembali ke zaman jahiliah, penuh dengan pertumpahan darah serta mempunyai masalah kecelaruan seksual seperti golongan LGBT iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender.UM
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.