"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
Seorang yang boleh dianggap faham tentang hukum hakam boleh berkata sesuatu yang boleh menjatuhkan Aqidah seseorang.Apa yang kita pelajari selama ini kita sebagai seorang Islam wajib memohon pertolongan (Doa) dari Allah.Dalam Al Quran mahupun hadis menyuruh seseorang itu agar menjauhi syaitan namun sebaliknya Nik Ajis sudi menerima syaitan sebagai temannya.
Nabi saw memerintahkan ummatnya melalui Abu Zar r.a dengan bersabda bermaksud :--
"Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".Abu Zar r.a.
Pengajaran dari hadis tersebut kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.Begitu juga Ee diterangkan bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai "syaitan manusia".
Oleh itu ustaz menerangkan agar berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan "syaitan manusia" ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.Dalam hal yang sedemikian Nik Ajis sebenarnya telah mengikut dan terikut segala bisikan syaitan yang menjadi teman kepada beliau selama ini dan atas sebab itulah segala percakapannya bukan melambangkan diri Nik Ajis yang sebenarnya. Sedarlah! wahai semua dan cubalah hayati Firman Allah dalam surah Al An'aam ayat 121 yang bermaksud :--
" .... dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu membisikan kepada pengikutnya, supaya kamu membantah (menghasut) kamu, dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik".
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.