Saturday, May 12
ZARINA ANJOULIE LAVOCAH NIE AWEK PERSINGGAHAN KE?
Sebaik sahaja pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan kontroversi melibatkan dirinya dengan penyanyi, Aliff Aziz di Twitter, penyanyi yang berasal dari Singapura itu mengaku bahawa hubungan mereka sudah pun terputus.
Malah Aliff Aziz berkata, tiada apa lagi yang boleh diulas tentang hubungannya dengan Zarina kerana ianya sudah lama berakhir.
"Selepas kejadian, saya tidak lagi berjumpa dan berhubung dengannya. Saya rasa tiada apa lagi yang boleh diulaskan.
"Cukuplah. Kerana saya anggap isu ini sudahpun berakhir dan rasanya kontroversi yang tercetus itu adalah publisiti murahan sahaja," katanya selepas pelancaran albumnya berjudul Aliff Aziz.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu berkata, apa yang telah berlaku dianggap rencah dalam hidupnya yang sudah bergelar penyanyi selama lima tahun di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd.
"Saya kini lebih matang dan berhati-hati untuk menempuh hari-hari seterusnya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.
"Lagipun kontroversi sebegini tidak membantu kerjaya pun dan saya tidak akan membiarkan orang lain untuk cuba menjatuhkan karier saya," jelasnya yang baru keluar dengan single terbaru berjuduk Jangan Ganggu Pacarku.
Album ketiga Aliff Aziz sudah berada di pasaran sejak 20 Mac lalu dengan memuatkan 8 buah lagu dan dua minus one.
Sementara itu, Aliff Aziz yang sudah selesa mengembangkan kariernya di sini akui belum bersedia untuk memohon kerakyatan warganera Malaysia.
"Saya bukan tidak mahu, tetapi saya belum bersedia untuk berbuat demikian.
"Biarlah saya kukuhkan kerjaya saya di sini dan bila betul-betul yakin baru saya fikir untuk menjadi penduduk tetap Malaysia," luahnya.
Selain muncul dengan album terbaru, Aliff yang baru selesai penggambaran drama Antara Kita iaitu drama yang menggandingkannya dengan pelakon Anne Ngasri sedang menjalani penggambaran dalam telemovie Vilog bersama pelakon Wawa Zainal.
3 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
xpayah la jadi warga Malaysia buat menyemak ja
ReplyDeleteMacam2 isu... apa darrr...
ReplyDeletelansung takda rasa menyesal dan bersalah...bangsa yahudi singapura
ReplyDelete