Tuesday, June 26

ANAK DARA TUA NIE ADE APA-APA NGAN KHALID?




Koordinator BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed terus mempersoalkan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terus berdolak dalih berhubung sumber geran Selangorku berjumlah RM300 juta itu.

Dakwanya, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang sebenarnya yang mengawal pengagihan wang berkenaan bagi mengukukan kedudukannya sehingga rakyat yang menanggung kesannya.

"Isu geran Selangorku bernilai RM300 juta adalah contoh paling sesuai untuk menggambarkan betap kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR mengamalkan politik kotor," katanya pada sidang akhbar di pejabat Umno Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, Abdul Khalid sebelum ini mendakwa sumber RM300 juta itu adalah jumlah hutang yang dikutip tetapi pada kenyataan lain, beliau sendiri mengaku RM300 juta itu tidak termasuk hutang Talam yang dikutip oleh kerajaan negeri.

"Dari mana datangnya sumber dana RM300 juta. Dia (Abdul Khalid) kata kutip hutang. Jadi kita tanya dia kutip hutang siapa? Adakah termasuk 300 juta daripada Talam. Dia kata oh tidak. Itu tidak termasuk. Sehingga hari ini tiada penjelasan yang mencukupi berkenaan dana tersebut."

"Kelulusan sejumlah besar wang ini langsung tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi hanya melalui beberapa individu dalam Menteri Besar Incorporated(MBI) dan juga termasuk (Setiausaha Politik Menteri Besar) Faekah (Husin) sendiri," katanya.

Menurut Mohd Zin, berdasarkan makluman dalaman, Faekah sebenarnya yang mengawal pengagihan wang berkenaan dan ini berlaku di luar pengetahuan menteri besar sendiri.

Justeru, katanya, strategi kerajaan negeri yang membentangkan bajet kononnya secara seimbang setiap tahun atas alasan mengamalkan perbelanjaan berhemah hanyalah wayang semata-mata.

Ini kerana kerajaan negeri akan memohon bajet tambahan setiap kali sidang dewan undangan negeri diadakan.

"Jadi kami percaya, ini sebenarnya merupakan dana khas pilihanraya yang ke-13 yang cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri dan MB sendiri," katanya sambil menambah wang rakyat itu sebenarnya digunakan bagi menampun perbelanjaan persiapan pilihan raya dan kempen Pakatan Rakyat.

Pada sidang media itu, Mohd Zin mencabar supaya Abdul Khalid memecat Faekah yang didakwanya sebagai duri dalam daging yang mengkucar-kacirkan pentadbiran kerajaan negeri.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.