Wednesday, June 20

GERAN SELANGORKU 30JUTA DUIT RAKYAT DIBELANJAKAN SESUKA KHALID GAGAP?


Khalid Gagap teragak-agak memperincikan perbelanjaan Geran SelangorKu yang bernilai RM300 juta apabila diminta berbuat demikian.

Sebaliknya,Abdul Khalid Gagap hanya menerangkan secara kasar mengenai perbelanjaan geran itu sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti beliau menguruskan dana tersebut.

"Sekarang dah sampai bulan Mei. Jadi sebenarnya kita akan letakkan penggunaan duit tu dalam website. Jadi semua orang akan dapat (tahu).

"Tetapi sekarang pun saya sudah mula mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang bertanyakan penggunaan dan tumpuan penggunaan Geran Selangorku.

"Tumpuan geran itu saya tumpukan pada prasarana dan infrastruktur. Kita tumpukan pada usaha pembaikan jalan, pembetulan longkang dan juga beberapa perkara tentang pembersihan," katanya.

Menurut Abdul Khalid, segala perincian mengenai perbelanjaan geran itu akan diberntangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada 12 Julai ini.

"Buat masa ini saya akan tunjukkan perbezaan dalam dewan yang akan datang, duit RM300 juta, senarai program dan apa yang kita sudah lakukan pada 12 Julai pada Dewan Undangan Negeri," katanya lagi.

Geran yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) mula dibelanjakan pada Mac lalu dengan proses yang didakwa Khalid sebagai 'telus dan bertanggungjawab'.

Bagaimanapun, sehingga kini, Abdul Khalid tidak pernah mengatakan secara terperinci berhubung mekanisme pengagihan geran berkenaan.

Geran Selangorku RM300 juta yang diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dan MBI itu memberikan kuasa mutlak kepada Abdul Khalid membelanjakan peruntukan itu.

Meskipun membabitkan duit rakyat yang begitu banyak, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Ariff Abdul Rahman dan ketua-ketua jabatan dipinggirkan daripada Jawatankuasa Geran Selangorku.

Mengikut dokumen yang diperolehi, Abdul Khalid mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan kelulusan projek-projek Selangorku selepas diteliti oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotai pegawai-pegawai MBI dan pejabat Menteri Besar sendiri.

Bagaimanapun, tiada ahli exco yang dilantik dalam jawatankuasa berkenaan.

Sebaliknya, Jawatankuasa Pengurusan Geran Selangorku itu dianggotai Faekah Husin (Setiausaha Politik MB), Rohany Talib (Ketua Pentadbir MBI) dan Arfa’eza Abd Aziz (Setiausaha Akhbar MB).

Anggota lain ialah Datin Paduka Alinah Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor), Abdul Halim Mohamed Yusof (Pegawai Kanan Analisa Ekonomi/Penyelidik MBI), dan Ooi Lee Kean (Pegawai Penyelaras Projek MBI).

Turut dibariskan, anggota teknikal Wong Poh Weng (Jurutera Perunding), Shukri Ishak (Jurutera Daerah Kuala Selangor), Encik Zabri (Juru Analisa Kewangan swasta), Hashimah Meon (Juru ukur Bahan JKR) dan Noriza Mohd Nor (Juru ukur Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor).


Difahamkan, anggota exco hanya boleh menyemak dan memberi pandangan terhadap senarai projek-projek yang telah dikemukakan dengan urusetia Geran Selangorku tetapi tidak terlibat dengan sebarang keputusan.

Sumber-sumber juga memberitahu bahawa jawatankuasa itu tidak memberikan sebarang komitmen untuk memanggil tender terbuka dan kelulusan muktamad berpaksi kepada keputusan Menteri Besar.
 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.