Selalu MKP dok tibai pembangkang dalam blog ini akan tetapi kali nie nak tengok pulak masalah dalaman.Dari dulu hingga kini masalah dalaman kita masih lagi menular,Yang MKP pelik ianya terpalit sekali dengan nama UMNO padahal individu/persorangan yang memegang jawatan didalam parti...Jika ini berterusan nescaya Tranfomasi yang dibawa oleh PM sudah tentu tidak dicapai sepenuhnya.Kepada semua harap apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agong UMNO ini memberi kita pengajaran kepada kita semua sebagai ahli UMNO.
Malah menurut beliau golongan ini turut memperjudikan kesetiaan kepada parti demi kepentingan peribadi.
"Memang Umno tak bersalah tetapi orang dalam Umno yang selalu membuat kerenah. Betul juga yang ada kata kan kerena kawan dalam umno kita akan diberi jawatan. Kesetiaan pada individu bukan kesetiaan pada parti dan negara diambil kira dan ini merosakkan Umno. Pemimpin mesti membuat perubahan...," memetik kenyataan laman Facebook beliau hari ini.Tengku Adnan sebelum ini menggesa anggota Umno supaya segera menjauhi sindrom kecewa akibat tidak mendapat sesuatu yang dihajati sehingga sanggup mengkritik parti.
Beliau berkata sindrom kecewa itu dibimbangi akan memudaratkan parti sehingga menyebabkan kelahiran golongan ‘gunting dalam lipatan’ di kalangan anggota parti sedangkan mereka seharusnya meneruskan perjuangan UMNO dan bukannya terus dikuasai rasa kecewa.
Justeru beliau menasihati supaya tidak terlalu mementingkan jawatan dalam parti, sebaliknya memfokuskan kepada persediaan menghadapai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Sehubungan dengan itu Tengku Adnan berkata beliau tidak teragak-agak untuk menentang mana-mana anggota Umno yang berhasrat untuk menjatuhkan parti itu.
"Saya sayangkan parti saya yang mendukung Islam dan tidak mahu melihat akidah kita dipesongkan jika ada pemimpin saya yang akan merosakkan parti, saya sendiri akan menentang mereka tak kira jawatan apa sekalipun yang dia terajui."MKP Ayat Sempoi : Bukan kata ahli/pemimpin UMNO saja yang buat hal akan tetapi pejuangan dalam siber pun sama,apa nak buat,Inilah yang akan menjatuhkan kita kelak....kata pepatah orang lama "Menarik Rambut didalam Tepung,Tepung Tak Berselerak Rambut Tak Putus"........
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.