Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.
Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.
Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.
Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.
Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.”
Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?”
Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’
Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”
Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini?
Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.
Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.
Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.
Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. -SH
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDi antara sebab atau tanda-tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham,ialah:
* Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
* Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
* Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
* Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
* Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
* Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
* Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
* Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDalam masa sehari,kita dirikan sekurang-kurangnya 17 rakaat solat yang mengulangi ayat yang sama iaitu :"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".
Dalam menghadapi gelombang kacau bilau politik yang sedang bergelora ini, fikirkanlah tentang "medium" yang engkau gunakan untuk membuat penilaian.
Sekiranya "medium penilaian" masih lagi digerakkan dan didorong oleh hawa nafsu kecintaan pada dunia,dibimbangi engkau tidak bisa menemui jalan yang lurus yang kita semua idamkan.
Selidiklah sama ada sudah Sempurnakah amal ibadat,akhlak dan peradaban diri-mu sendiri,ahli keluarga serta sanak saudara-mu mengikut lunas peraturan yang ditetapkan didalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Jika belum,peruntukkanlah 1/4 masa-mu untuk melakukan amal ibadat,1/4 masa-mu untuk bermuhasabah diri,1/4 masa-mu untuk mendampingi alim ulamak,1/4 masa-mu untuk menghiburkan diri & keluarga mengikut kaedah yg diharuskan dalam Islam (pesan-imam Al-Ghazali)
kelakar pn ada baca statement ni.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletePerkara yang melibatkan agama islam bukan perkara yang boleh dibuat main2, dipertikaikan..xde apa yg kelakar dlm stmt ni..ni la kenyataan yang harus kite terima bahawa semakin dekat dgn kiamat, makin byk la tanda2 akhir zaman.